• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme XT Sailang Redmi Note 8 Pro Dengan Kamera 64MP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:26 am
  • 29/08/2019
  • Komen
Realme XT Sailang Redmi Note 8 Pro Dengan Kamera 64MP
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya OPPO tergesa-gesa untuk jadi yang pertama memecah tembok 48MP apabila mengumumkan Realme XT yang diperkasa kamera belakang 64MP. Ia sehari lebih awal daripada pelancaran Redmi Note 8 Pro yang kami laporkan semalam.

Berbalik kepada Realme XT, Ia adalah sebuah telefon 6.4″ dengan panel AMOLED berbekalkan resolusi FHD+. Pengimbas cap jari terbina disebalik paparan dan takuk berbentuk V sebagai rumah kamera selfie 16MP.



Di bahagian belakang, Realme XT dilengkapi empat kamera belakang dengan konfigurasi seperti berikut:

  • Kamera utama 64MP F1.8
  • Kamera ultralebar 8MP
  • Kamera bokeh 2MP
  • Kameramakro 2MP

Kali ini, sensor GW1 Samsung digunakan untuk mendapatkan bilangan piksel yang tinggi kerana alternatif daripada Sony masih belum ada.



Atas papan utama, telefon ini ada “enjin” berupa Snapdragon 712 bersama-sama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Storannya boleh diperluas melalui slot hibrid yang didatangkan bersamanya. Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri 4,000mAh.

Realme tidak mengumumkan harga mahupun bilakah telefon ini akan dijual.

Di Malaysia, telefon paling berkuasa Realme yang boleh anda dapatkan sekarang adalah Realme 3 Pro pada harga bermula RM899.

Telefon Terhebat Realme Di Malaysia Dapat Potongan Harga RM100

Sumber: Android Authority, GSMArena

Tags: RealmeRealme XT
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme XT Sailang Redmi Note 8 Pro Dengan Kamera 64MP

Realme XT Sailang Redmi Note 8 Pro Dengan Kamera 64MP

29 August 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN