• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jual Nombor Secara Dalam Talian, JPJ Kaut RM15.6 Juta

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:55 am
  • 06/09/2019
  • Komen
Jual Nombor Secara Dalam Talian, JPJ Kaut RM15.6 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Saya pun baru tahu yang anda kini boleh bida nombor kenderaan secara dalam talian melalui portal JPJeBid. Sistem yang baru diperkenal April 2019 ini setakat ini membolehkan anda membida nombor kenderaan daripada negeri Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Johor, Wilayah Persekutuan, dan yang terbaru Pahang.

Sebagai ahli terbaru dalam portal JPJeBid, JPJ Pahang baru saja menyudahkan bidaan siri CEE yang menyaksikan kutipan RM1.024 juta. CEE 7 dan Cee 9 mendahului carta dengan RM58,000 setiap satu dan diikuti CEE 3 (RM50,000), CEE 8 (RM44,444), dan CEE 5 (RM43,000).



Menariknya, CEE 841 seperti tak mendapat sambutan kerana hanya dibida pada nilaian RM5,100. CEE 96 pula, walaupun hanya bernilai RM3,800 ia adalah nombor yang paling ramai dibida dengan 13 orang berebut nombor yang sama.

Contoh bidaan

JPJ membahagikan nombor kenderaan dalam 4 kategori iaitu:



  • Nilai Utama
  • Menarik
  • Popular
  • Biasa

Nombor Nilai Utama dibuka bidaannya pada RM20,000 diikuti Menarik (RM3,000), Popular (RM800), dan biasa (RM300). Bagaimanakah mereka mengkategorikan nombor ini tidak pula diketahui. Anda boleh buka akaun di portal JPJeBida secara percuma dan mula membida nombor terus dari rumah anda dan mereka menerima pembayaran menggunakan kad debit/kredit.

Sumber: NST, 2

Tags: cee841
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jual Nombor Secara Dalam Talian, JPJ Kaut RM15.6 Juta

Jual Nombor Secara Dalam Talian, JPJ Kaut RM15.6 Juta

6 September 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN