• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:49 pm
  • 10/09/2019
  • Komen
Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 8 Pro di China pada bulan Ogos lepas. Ia adalah telefon pintar yang dilengkapi kamera 64MP pertama mula dijual di dunia. Jika mahu menjadi yang terawal memilikinya, set import dari China kini telah dijual oleh beberapa peniaga di Malaysia. Salah satu darinya ialah Mobile 2 Go.

Mobile 2 Go kini menjual Redmi Note 8 Pro dengan harga bermula dari RM1,198. Ia adalah model dengan RAM 6GB dan storan 128GB, dengan pilihan warna Hitam, Putih dan Hijau. Satu lagi model lain yang ditawarkan berharga RM1,398 dengan RAM dipertingkat ke 8GB tetapi storan kekal sama 128GB. Model ini boleh dibeli dengan dua pilihan warna, Hitam dan Putih.



Set import dari China ini diberikan jaminan selama 2-tahun oleh Mobile 2 Go sendiri. Ia masih menggunakan ROM China tetapi dipasang dengan Google Playstore.

Redmi Note 8 Pro ialah model yang lebih berkuasa dari Redmi Note 8. Ia dilengkapi pemproses Mediatek Helio G90T berkuasa tinggi, direka khusus untuk bermain game. Skrinnya berukuran 6.53-inci HD Penuh, bersama takuk kecil di dahi.



Telefon ini memiliki 4 kamera belakang, gandingan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan pula, ia menggunakan kamera 20MP untuk mengambil swafoto.

Bateri di dalamnya juga agak besar, berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm, pemancar inframerah, NFC serta kad mikroSD dalam slot hibrid.

Kepada yang berminat untuk membelinya sekarang, boleh dapatkannya di mana-mana cawangan Mobile 2 Go atau menerusi laman webnya.

Sumber: Mobile 2 Go

Tags: RedmiRedmi Note 8 Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP mula dijual di Malaysia

Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP mula dijual di Malaysia

10 September 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN