• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone XR dan iPhone 8 turun harga kekal bermula hari ini

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 11/09/2019
  • Komen
iPhone XR dan iPhone 8 turun harga kekal bermula hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran model baru iPhone bermakna model lama akan dihentikan penghasilannya. Ketibaan siri iPhone 11 hari ini telah menamatkan penjualan iPhone XS dan XS Max secara rasmi. Ia tidak lagi disenaraikan di laman web Apple.

Tetapi ini juga menandakan, model lama yang masih diteruskan jualannya akan diturunkan harga. Di laman web rasmi Apple Malaysia, mereka masih menyenaraikan telefon pintar iPhone XR, iPhone 8 serta iPhone 8 Plus, kini dengan harga yang lebih murah.



Untuk menjadikannya lebih mampu milik juga, Apple tidak lagi menjual iPhone XR dengan storan 256GB, sebaliknya memperkenalkan storan baru 128GB yang tidak ada sebelum ini. Harga jualan baru iPhone XR bermula hari ini ialah:

  • iPhone XR 64GB – RM2,899
  • iPhone XR 128GB – RM3,099

Terdapat 6 pilihan warna iPhone XR iaitu putih, hitam, biru, kuning, Coral dan merah. Bagi yang mahu menikmati kelebihan siri iPhone X yang telah membuang Touch ID dan menggantikannya dengan Face ID, iPhone XR dengan harga baru ini ialah pilihan termurah.



Mengimbas secara ringkas, iPhone XR dikuasakan cip Apple A12 Bionic, dengan skrin Liquid Retina HD bertakuk besar, berukuran 6.1-inci. Ia ada satu sahaja kamera belakang 12MP F1.8, dengan kamera hadapannya 7MP F2.2.

Manakala model terakhir yang menggunakan Touch ID, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini dijual dari serendah RM2,199. Ia juga ditawarkan dalam dua saiz storan, 64GB dan 128GB. Harga terbarunya di Malaysia bermula hari ini adalah seperti berikut:

  • iPhone 8 64GB – RM2,199
  • iPhone 8 128GB – RM2,399
  • iPhone 8 Plus 64GB – RM2,699
  • iPhone 8 Plus 128GB – RM2,899

Telefon pintar iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan pada tahun 2017, beberapa bulan sebelum iPhone X dilancarkan. Ia dikuasakan cip Apple A11 Bionic dengan skrin Retina HD berukuran 4.7-inci untuk iPhone 8, dan 5.5-inci bagi iPhone 8 Plus.

Satu lagi perbezaan ketara pada dua model ini ialah, iPhone 8 hanya ada satu kamera belakang 12MP manakala iPhone 8 Plus dipasang dua kamera belakang 12MP, dengan kamera kedua berkeupayaan telefoto. Kamera hadapannya sama, 7MP. Telefon ini juga kalis air dan debu IP67.

Memandangkan sistem operasi terbaru iOS 13 menyokong sehingga iPhone 6s, dijangka iPhone 8 dan 8 Plus akan menerima kemaskini iOS selama dua kitaran lagi, sekitar iOS 15. Jika anda membelinya sekarang, anda boleh menikmati lagi dua kemaskini utama iOS.

Kepada yang berminat memiliki iPhone model lama dengan harga lebih murah ini, boleh dapatkannya menerusi laman web Apple Malaysia di bahagian iPhone XR atau iPhone 8/8 Plus atau dari pengedar sah berhampiran.

Tags: appleiphoneiphone 8iPhone XR
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
iPhone XR dan iPhone 8 turun harga kekal bermula hari ini

iPhone XR dan iPhone 8 turun harga kekal bermula hari ini

11 September 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER