• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna baru Honor 20 Pro dari Iceland akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 12/09/2019
  • Komen
Warna baru Honor 20 Pro dari Iceland akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor 20 Pro telah mula dijual di Malaysia pada bulan Ogos lepas. Terdapat 2 pilihan warna untuk pembeli iaitu Phantom Black dan Phantom Blue. Tidak lama lagi, satu lagi warna baru akan tiba memberi lebih pilihan untuk pembeli di Malaysia.

Pertama kali dipertontonkan kepada orang ramai semasa pameran IFA 2019, warna Icelandic Frost yang banyak berwarna putih dengan gradien merah jambu, merupakan warna ketiga untuk Honor 20 Pro. Menurut Honor, warna ini diilhamkan dari Jokulsarlon Glacier Lagoon di Iceland yang menghasilkan warna yang hampir serupa.



Gambar: Travelade

Honor Malaysia belum menyatakan dengan tepat bilakah ia akan dijual di Malaysia tetapi mengatakan akan tiba tidak lama lagi. Honor 20 Pro telah dijual di Malaysia pada harga RM2,299.

Honor 20 Pro merupakan telefon terbaik keluaran Honor buat masa ini. Ia dikuasakan cip Kirin 980 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Kehebatannya terletak pada kameranya, di mana 4 kamera belakang dipasang iaitu kamera utama 48MP F1.4 Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera telefoto 8MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4.



Untuk telefon berkelas flagship, kelemahannya ialah penggunaan skrin LCD, bukan OLED. Skrin ini berukuran 6.26-inci HD Penuh+ dan berlubang, menempatkan kamera hadapan 32MP F2.0. Pengimbas capjari terdapat di sisi, bersepadu dengan butang kuasa. Baterinya 4,000mAh dan datang dengan pengecas Huawei SuperCharge 22.5W menggunakan kabel USB-C.

Kenali Honor 20 Pro lebih lanjut menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Warna baru Honor 20 Pro dari Iceland akan tiba di Malaysia

Warna baru Honor 20 Pro dari Iceland akan tiba di Malaysia

12 September 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN