• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A20s dengan sedikit naiktaraf mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:44 pm
  • 23/09/2019
  • Komen
Galaxy A20s dengan sedikit naiktaraf mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy-A telah diberi facelift, dengan Galaxy A50s dan Galaxy A30s adalah yang pertama tiba di Malaysia. Kini satu lagi facelift Galaxy A telah tiba dengan harga lebih mampu milik, Galaxy A20s. Telefon baru ini mengekalkan harga yang sama seperti Galaxy A20 tetapi menerima beberapa penambahbaikan.

Skrin Galaxy A20s sebesar 6.5-inci HD+ dari jenis Infinity-V, bertakuk kecil V di atasnya. Ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 450. Di Malaysia, ia diberikan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB, yang boleh diluaskan dengan kad mikroSD.



Di kamera, ia kini mengguna konsep 3 kamera belakang gabungan kamera utama 13MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 5MP F2.2. Ia juga memiliki pengimbas capjari di belakang. Di hadapan, ia menggunakan kamera 8MP F2.0 dan boleh digunakan untuk pengecaman wajah bagi membuka kunci skrin.

Tenaga telefon ini diberikan oleh bateri besar 4,000mAh dan ia mengecas melalui USB-C. Ia menyokong pengecasan pantas 15W seperti kebanyak telefon Samsung yang lain.



Dari 18 September sehingga 18 Oktober, Samsung Malaysia menawarkan perlindungan skrin selama 6 bulan bernilai RM49 secara percuma. Ia boleh ditebus melalui aplikasi Samsung Member dan laman web penebusan Samsung.

Samsung Galaxy A20s dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM699 dan terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu Hitam, Merah dan Hijau.

Tags: Samsung Galaxy A20s
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A20s dengan sedikit naiktaraf mula dijual di Malaysia

Galaxy A20s dengan sedikit naiktaraf mula dijual di Malaysia

23 September 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN