fbpx

Galaxy A30s & A50s Masuki Malaysia Pada Harga Bermula RM899

Seperti yang kami laporkan minggu lepas, ada dua telefon kelas pertenghaan Samsung yang muncul dalam pengakalan data SIRIM dan menanti untuk dilancarkan. Pada hari ini, kedua-duanya telah diperkenalkan untuk pengguna Malaysia pada harga bermula RM899. Mereka ialah Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s.

Perkara paling menarik dalam dua pengenalan Samsung ini adalah A30s yang dilengkapi Samsung Pay lantas menjadikannya telefon termurah yang menyokongnya. Tapi gajet Samsung Pay yang paling murah setakat ini masih Galaxy Watch Active pada harga RM799.

Galaxy A50s pula dijual pada harga RM1,299 dengan konfigurasi RAM dan storan masing-masing 6GB dan 128GB. Untuk Galaxy A30s pula, Samsung membawa masuk varian RAM 4GB dan storan 64GB.

Spesifikasi Galaxy A30s

Spesifikasi Galaxy A50s

Daripada spesifkasi kedua-dua telefon, Samsung mencampuradukkan naik taraf dan juga turun taraf berbanding A30 & A50 yang mereka umumkan untuk pasaran Malaysia dalam bulan Mac 2019.

Contohnya, harga A30s RM100 lebih mahal berbanding A30 tapi paparannya diturunkan daripada FHD+ kepada HD+ saja. Pada A50s pula, harganya juga RM100 lebih mahal daripada A50 yang dulu, tapi ia diterjemahkan kepada komponen kamera yang lebih baik terutamanya pada sensor 48MP selaku kamera utama.

Apa pendapat anda tentang telefon-telefon ini? Adakah ia mampu menarik perhatian anda daripada alternatif yang lebih bertenaga pada harga yang kompetetif hanya kerana ia ada Samsung Pay?

BACA  OPPO Reno Ace Gundam Dilengkapi SuperVOOC 2.0 65W