• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A30 dan A50 tiba mencabar takhta bajet Xiaomi dan Honor

  • OLEH Najib
  • 10:08 am
  • 19/03/2019
  • Komen
Galaxy A30 dan A50 tiba mencabar takhta bajet Xiaomi dan Honor
Share on FacebookShare on Twitter

Tak sampai sebulan ia dipertontonkan kepada umum di Barcelona, kini Galaxy A30 dan A50 telah mula menemui peminat di Malaysia. Kedua-dua peranti ini datang dengan tawaran yang tidak pernah ada dalam kelasnya sebelum ini, iaitu skrin Super AMOLED.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, harga jualan Galaxy A30 dan A50 secara rasmi di Malaysia ialah:



  • Galaxy A30 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM799
  • Galaxy A50 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM1,199

Dengan harga di bawah RM800, Galaxy A30 memberi saingan ketat kepada telefon pintar kelas pertengahan seperti Redmi Note 7, Honor 8X malah Galaxy M20 dari Samsung sendiri. Ia adalah sesuatu yang sukar ditemui untuk peranti Samsung sebelum ini.

Kuasa pemproses Galaxy A30 digerakkan oleh cip Exynos 7904, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Pengimbas capjari fizikal terdapat belakang badannya.



Tarikan utamanya ialah skrin Infinity-U Super AMOLED berukuran 6.4-inci dengan takuk kecil. Paparan yang menghasilkan warna yang amat menawan dan disukai ramai ini, kini boleh dimiliki di bawah harga RM1,000.

Seterusnya, ia dibekalkan bateri besar 4,000mAh dan dicas melalui port USB-C. Malah ia menyokong pengecasan pantas 15W. Satu lagi perkara yang jarang ada untuk peranti di bawah RM1,000.

Untuk kamera, ia memiliki dwi-lensa di belakang iaitu lensa utama 16MP dan lensa kedua bersudut ultra lebar 5MP. Kamera hadapannya pula 16MP.

Galaxy A50 pula, dengan harga di bawah RM1,200 turut memiliki keunikan sendiri. Ia menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin, menjadikannya peranti termurah untuk fungsi ini.

Di dalam, ia dikuasakan cip pemproses Exynos 9610, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

Skrin yang sama dengan Galaxy A30 turut digunakan di Galaxy A50. Paparan 6.4-inci Infinity-U Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+.

Sama juga di bateri. Kapasitinya besar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui port USB-C.

Kamera di Galaxy A50 adalah lebih baik dari Galaxy A30. Ia menggunakan gandingan tiga lensa di belakang, iaitu lensa utama 25MP, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 5MP. Kamera hadapan pula 25MP.

Kedua-dua Galaxy A30 dan A50 telah mula dijual di Malaysia bermula hari ini, dengan tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan putih. Sayangnya, tiada hadiah percuma disediakan untuk pembelian awal, tetapi anda boleh pergi ke Senheng atau Mobile 2 Go untuk membelinya dan menerima hadiah percuma, sementara stok masih ada.

Tags: Galaxy A30Galaxy A50samsung
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Galaxy A30 dan A50 tiba mencabar takhta bajet Xiaomi dan Honor

Galaxy A30 dan A50 tiba mencabar takhta bajet Xiaomi dan Honor

19 March 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN