• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancar pada harga sangat berbaloi

  • OLEH Najib
  • 4:36 pm
  • 18/03/2019
  • Komen
Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancar pada harga sangat berbaloi
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon dengan bateri mega 5,000mAh dari Samsung berharga di bawah RM1,000 kini telah tiba di Malaysia. Galaxy M20 ialah telefon pertama dari Samsung yang akan dijual secara eksklusif dalam talian di Malaysia dan ia menawarkan bateri yang sangat besar.

Shopee telah dipilih sebagai penjual eksklusif Galaxy M20 dalam talian. Mereka telah mengadakan peraduan teka harga minggu lepas. Hari ini, Galaxy M20 telah diumumkan berharga RM799 sahaja. Ada siapa yang terima tips kami dan menjawab dengan tepat?



Jualan pertama Galaxy M20 akan dibuka pada 20 Mac 2019 pada pukul 9 pagi. Terdapat dua pilihan warna disediakan iaitu Hitam dan Biru. Ia boleh didapati di Shopee di sini.

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk jadi yang terawal untuk membelinya kerana hadiah percuma diberikan. Untuk 100 pembeli pertama, mereka akan menerima baucer tunai bernilai RM100.



Selain itu, bagi 1,000 pembeli pertama, akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM227, berupa pembesar suara Bluetooth Logitech X50 dan fon kepala JBL T450. Untuk 2,000 pembeli selepas itu pula, akan mendapat pembesar suara Bluetooth Logitech X50 bernilai RM98.

Galaxy M20 adalah satu peranti Samsung yang menarik dan berbaloi dibeli. Sebelum ini, sukar untuk menemui spesifikasi sebegini pada harga RM799 untuk peranti Samsung. Ia sedikit sebanyak boleh memberi saingan kepada jenama telefon bajet seperti Xiaomi, Honor dan Realme.

Telefon pintar ini dikuasakan cip pemproses Exynos 7904 8-teras 14nm, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia datang dengan skrin Infinity-V, paparan TFT bertakuk kecil V, berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+.

Kamera hadapannya 8MP F2.0 dan terletak di takuk skrin. Manakala kamera belakang adalah dwi-lensa, gabungan lensa utama 13MP F1.9 dan lensa kedua ultra-lebar 5MP.

Pengimbas capjari terdapat di belakang dan tarikan utama telefon ini ialah bateri mega besar 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 15W dan dicas melalui port USB-C, satu lagi kelebihan yang jarang ada pada telefon di bawah RM1,000.

Tags: Galaxy M20samsungShopee
Najib

Najib

POPULAR

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

Harga rasmi iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone SE kini lebih murah di Malaysia

13 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER