• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M akan dijual secara eksklusif di Shopee

  • OLEH Najib
  • 12:38 pm
  • 12/03/2019
  • Komen
Samsung Galaxy M10 dan M20 mencabar takhta raja kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Samsung telah membuka pendaftaran minat untuk barisan telefon pintar baru mereka, Galaxy M. Hari ini, Samsung telah menghantar jemputan ke majlis pelancaran Galaxy M, yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Seperti dimaklumkan, Galaxy M akan dijual secara eksklusif di dalam talian sahaja. Dalam jemputan ke majlis pelancaran ini, Samsung turut menyatakan rakan e-dagang mereka untuk menjual Galaxy M dalam talian ialah Shopee.



Majlis pelancaran Galaxy M akan berlangsung pada hari Isnin, 18 Mac 2019. Tidak pula dimaklumkan model yang mana akan dilancarkan.

Berdasarkan carian di SIRIM, hanya satu model Galaxy M yang lulus untuk digunakan di Malaysia, iaitu Galaxy M20 (SM-M205). Mungkin ini satu-satunya Galaxy M yang akan diperkenalkan pada hari Isnin depan.



Dalam senarai di SIRIM, Galaxy M20 dilihat tiada sokongan WiFi 802.11ac. Bermakna, tiada WiFi 5GHz untuk sambungan lebih pantas dari 2.4GHz, seperti di ASUS Zenfone Max Pro M2.

Galaxy M20 diperkasa cip pemproses Exynos 7904, bersama RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Ia turut menerima kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 512GB.

Skrin Galaxy M20 berukuran 6.3-inci bertakuk Infinity V dan resolusi HD Penuh+. Takuk ini memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang, ia memiliki kamera dwi-lensa, 13MP F1.9 bersama lensa kedua ultra lebar 5MP.

Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang dan ia turut menyokong fungsi pengecaman wajah. Bateri sebesar 5,000mAh dipasang di dalam, dan ia dicas melalui port USB-C. Samsung turut memberikan pengecas pantas 15W untuk pembeli Galaxy M20.

Samsung menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama antaramuka Samsung Experience v9.5 di Galaxy M20.

Untuk perbandingan harga, Galaxy M20 di jual di India dengan harga:

  • RAM 3GB + Storan 32GB – INR10,990 (~RM629)
  • RAM 4GB + Storan 64GB – INR12,990 (~RM745)

Mungkinkah kita akan melihat tanda harga di bawah RM800 untik spesifikasi terbaik Galaxy M20? Kita tunggu pengumuman Samsung Malaysia pada 18 Mac nanti.

Tags: Galaxy MGalaxy M20samsungShopee
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M10 dan M20 mencabar takhta raja kelas pertengahan

Galaxy M akan dijual secara eksklusif di Shopee

12 March 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN