• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Teka harga Galaxy M20 untuk menangi hadiah dari Shopee

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 15/03/2019
  • Komen
Teka harga Galaxy M20 untuk menangi hadiah dari Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Galaxy M20 akan dilancarkan minggu depan dan dijual secara eksklusif di Shopee. Untuk memeriahkan kehadirannya, Shopee membuat pertandingan teka harga yang menyediakan hadiah untuk 50 orang.

Hadiah untuk pemenang yang meneka harga dengan tepat, atau paling hampir berupa Baucer Shopee bernilai RM100.



Untuk memenanginya, peserta harus Like post pertandingan di Facebook Shopee, serta Like Facebook Page Shopee. Kemudian, tinggalkan komen harga yang ingin diteka di ruang komen post pertandingan. 50 jawapan paling tepat atau paling hampir tepat akan memenangi hadiah tersebut.

Pertandingan teka harga ini akan ditutup pada 16 Mac 2019, pukul 11.59 tengah malam. Jangan terlepas nak sertainya.



Dari laman produk Galaxy M20 di Samsung Malaysia, model yang akan dijual di Malaysia diberikan RAM 4GB dan storan 64GB. Semasa dilancarkan di India pada Januari lepas, telefon ini dijual pada harga INR12,990 (~RM745). Mungkinkah harganya RM699, RM749 atau RM799?

Galaxy M20 adalah definisi baru telefon pintar mampu milik dari Samsung. Ia dikuasakan cip pemproses Exynos 7904 8-teras dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrin Galaxy M20 berukuran 6.3-inci bertakuk Infinity V, dengan resolusi HD Penuh+. Takuk ini memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang, ia memiliki kamera dwi-lensa, 13MP F1.9 bersama lensa kedua ultra lebar 5MP.

Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang dan ia turut menyokong fungsi pengecaman wajah. Bateri sebesar 5,000mAh dipasang di dalam, dan ia dicas melalui port USB-C. Samsung turut memberikan pengecas pantas 15W.

Galaxy M20 memiliki tanda harga yang sama dengan Galaxy A30 yang juga akan dilancarkan pada hari yang sama. Tetapi Galaxy M20 memiliki kelebihan bateri yang lebih besar. Yang mana satu pilihan anda?

Tags: Galaxy M20samsungShopee
Najib

Najib

POPULAR

Teka harga Galaxy M20 untuk menangi hadiah dari Shopee

Teka harga Galaxy M20 untuk menangi hadiah dari Shopee

15 March 2019
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN