• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Galaxy A30 dan A50 mula dibuka

  • OLEH Najib
  • 11:44 am
  • 15/03/2019
  • Komen
Tempahan awal Galaxy A30 dan A50 mula dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran Galaxy A30 dan A50 akan diadakan pada hari Isnin depan, 18 Mac 2019. Tetapi kini tempahan awalnya telah mula kelihatan, menawarkan hadiah percuma untuk mereka yang mahu jadi yang terawal memilikinya.

Senheng antara yang membuka tempahan awal untuk Galaxy A30 dan Galaxy A50. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, harga untuk peranti baru Samsung ini ialah:



  • Galaxy A30 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM799
  • Galaxy A50 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM1,199

Tempahan awal di Senheng akan menerima hadiah percuma berupa kad mikroSD 64GB untuk Galaxy A30, dan jam pintar untuk Galaxy A50. Tidak pula dijelaskan model apakah jam pintar tersebut, tapi dari gambarnya seperti Honor Band 4 Running yang bernilai RM79.

Senheng juga menawarkan jaminan tambahan tahun kedua untuk ahli PlusOne, serta pembelian secara ansuran tanpa faedah, sehingga 24 bulan bergantung kepada bank yang terlibat.



Terdapat tiga warna disediakan untuk kedua-dua Galaxy A30 dan A50 ini iaitu Biru, Putih dan Hitam. Penghantaran untuk tempahan awal ini dijangka bermula pada 21 Mac 2019. Kepada yang berminat, boleh melawat laman tempahan awal Samsung Galaxy A30 dan A50 di sini.

Selain Senheng, pekedai Mobile 2 Go juga telah mula mengambil tempahan awal untuk Galaxy A30 dan A50. Hadiah percuma yang sama diberikan untuk tempahan awal ini iaitu kad mikroSD 32GB, pengecas kereta dan hadiah misteri dari Mobile 2 Go.

Jika anda lebih berminat dengan tawaran Mobile 2 Go, boleh membuat tempahan Galaxy A30 di sini dan Galaxy A50 pula di sini.

Untuk harga RM799, Galaxy A30 dilihat sebagai peranti yang sangat berbaloi dibeli. Selain dikuasakan cip Exynos 7904, RAM 4GB dan storan 64GB, ia memiliki skrin Super AMOLED 6.4-inci HD Penuh dengan takuk kecil titisan air.

Dwi kamera belakangnya gabungan lensa utama 16MP dan lensa ultra lebar 5MP, bersama kamera hadapan 16MP. Selain itu, baterinya sebesar 4,000mAh menyokong pengecasan pantas 15W melalui port USB-C, sesuatu yang jarang ditemui di peranti bawah RM1,000.

Kamera belakang Galaxy A50 (kiri) dan Galaxy A30 (kanan)

Galaxy A50 yang berharga RM1,199 juga sangat menarik. Skrinnya sama dengan Galaxy A30, tetapi ia lebih berkuasa dengan penggunaan cip Exynos 9610, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia ada tiga kamera belakang, menggandingkan lensa utama 25MP F1.7, lensa ultra lebar 8MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera hadapan pula 25MP F2.0.

Galaxy A50 juga dibekalkan bateri 4,000mAh, dengan pengecas pantas 15W menggunakan port USB-C. Keunikan utamanya ialah pengimbas capjari di dalam skrin, peranti paling murah dengan fungsi ini.

Kenali lebih dekat Galaxy A30 dan Galaxy A50 menerusi video kami di bawah ini.

Tags: Galaxy A30Galaxy A50Mobile 2 GosamsungSenheng
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tempahan awal Galaxy A30 dan A50 mula dibuka

Tempahan awal Galaxy A30 dan A50 mula dibuka

15 March 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN