fbpx

Mi 9 Lite Muncul Dalam Pengkalan Data SIRIM Tanda Kemunculannya Makin Hampir

Xiaomi Mi 9 Lite diumumkan di peringkat global pada pertengahan September 2019 yang lalu seperti yang kami laporkan. Ia adalah penjenamaan semula telefon Xiaomi CC9 yang kini dijgula dalam pasaran China. Jika anda nantikan ketibaannya di Malaysia, saya jangkakan tak lama lagi sebab entrinya sudahpun muncul dalam pengkalan data SIRIM.

Menggunakan kod model M1904F3BG, Mi 9 Lite melepasi pensijilan sirim pada 24 September 2019 yang lalu.

Untuk spesifikasi, saya boleh katakan yang ia berada dalam kelas midrange, antara Realme 3 Pro, Redmi Note 7, Huawei Y9 (2019), dan seangkatan dengannya. Ia dikuasakan SoC Snapdragon 710, RAM 6GB dan storan sehingga 128GB. Paparannya adalan daripada jenis AMOLED sebesar 6.39″ beresolusi FHD+, sama seperti sebuah Mi 9.

Antara yang menarik tentang telefon ini adalah keupayaan kamera belakang 48MP, sensor NFC, jek audio 3.5mm, dan pengecasan pantas QC4.0+. Xiaomi CC9 di China kini dijual pada harga bermula RMB1,699 (RM1,000).

Jadi anda boleh jangkakan harga sekitar itu apabila tiba di Malaysia kelak. Maklumat lanjut spesifikasi Mi 9 Lite boleh dirujuk di bawah.

Terima kasih Mohd Fairul atas tips!

BACA  Pengimbas capjari dalam skrin mungkin akan ditambah ke dalam Apple Watch