• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Bendera Malaysia ditemui salah dalam kemaskini terbaru iOS 13

  • OLEH Najib
  • 8:10 am
  • 30/09/2019
  • Komen
Bendera Malaysia ditemui salah dalam kemaskini terbaru iOS 13
Share on FacebookShare on Twitter

Siri iPhone 11 telah selamat dijual di Malaysia bermula 27 September 2019. Ia adalah iPhone paling pantas dijual di Malaysia selepas dilancarkan. Kedatangannya diiringi dengan kemaskini sistem operasi iOS 13.1 yang turut telah mula diterima oleh pengguna iPhone lain di Malaysia.

Tetapi kemaskini iOS baru ini telah dikesan terdapat kesilapan di dalamnya. Seorang rakyat Malaysia menemui kesalahan rekaan Jalur Gemilang, iaitu bendera Malaysia dalam emoji di iPhone.



Hafifi Hafidz telah mengesan, kesalahan garisan putih dan merah dalam emoji bendera Malaysia. Sepatutnya, garisan pendek di sebelah kanan petak biru yang mengandungi bulan sabit dan bintang 14 bucu, hanya mengandugi 8 jalur sahaja, 4 merah dan 4 putih.

I hope you can rectify this emoji @tim_cook

CC @chedetofficial pic.twitter.com/OylUbnDZqO

— Hafifi Hafidz  (@theHafifiHafidz) September 26, 2019

Tetapi dalam kemaskini iOS 13.1, terdapat 9 jalur di tepi petak biru tersebut, iaitu 5 merah dan 4 putih. Beliau telah menghantar ciapan kepada CEO Apple, Tim Cook dan turut tag Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir.



Kami telah mengesahkan masalah ini terdapat di dalam iOS 13.1 dan juga iOS 13.1.1 yang terbaru. Ia tidak terdapat dalam iOS 13.0 seperti gambar di bawah:

Kiri: iOS 13.0, Kanan: iOS 13.1

Menurut log kemaskini Emojipedia untuk iOS13.1, Bendera Malaysia termasuk di dalam 24 emoji yang dikemaskini. Antara emoji lain yang diubah adalah seperti ‘Muka Senyum dengan Mata Jantung”, Sotong Kurita, Sotong, Nyamuk, Jigsaw Puzzle, dan Abacus. Emoji ini diubah untuk menjadikannya lebih tepat, tetapi tidak pula dinyatakan mengapa Bendera Malaysia diubah.

Sebenarnya, selain iOS 13.1, terdapat beberapa platform lain yang ditemui turut memaparkan emoji Bendera Malaysia yang salah ini. Antaranya ialah di WhatsApp, Twitter dan Facebook Messenger.

Harapnya, platform berkenaan akan mengambil tindakan segera untuk membaiki semula kesalahan Bendera Malaysia dalam kemaskini mereka yang akan datang.

Sumber: SoyaCincau

Tags: iphone
Najib

Najib

POPULAR

Bendera Malaysia ditemui salah dalam kemaskini terbaru iOS 13

Bendera Malaysia ditemui salah dalam kemaskini terbaru iOS 13

30 September 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN