• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi Pay Nothing: Semua pelanggan boleh mendapatkan pengecualian bil percuma hingga akhir tahun dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 01/10/2019
  • Komen
Unifi Pay Nothing: Semua pelanggan boleh mendapatkan pengecualian bil percuma hingga akhir tahun dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya berita baik tiba untuk semua pelanggan baru dan sedia ada Unifi. Bermula hari ini, TM menawarkan promosi Pay Nothing Sehingga Hujung 2019. Promosi ini berjalan dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2019, memberi peluang kepada pengguna untuk tidak perlu membayar bil Unifi sehingga hujung tahun 2019.

Untuk pengguna sedia ada, promosi Unifi Pay Nothing menawarkan sehingga tiga bulan bil percuma. Manakala pengguna baru, mereka berpeluang mendapatkan bil percuma sehingga 12 bulan.



Pelanggan Baru

Buat pengguna baru yang mendaftar mana-mana pelan Unifi Home atau Unifi Biz, mereka akan menikmati pengecualian bayaran sehingga hujung tahun 2019. Malah, jika pendaftaran dibuat dalam talian, TM menawarkan pemasangan pantas dalam masa 24-jam (bergantung kepada kesediaan), serta berpeluang memenangi langganan 12-bulan secara percuma.

Perlu diambil perhatian, pelan Unifi Basic (60GB), Unifi Life dan Unifi Air tidak termasuk dalam promosi ini. Pelan yang terlibat adalah:



Unifi Home
300Mbps – RM199/bulan
100Mbps + TV – RM159/bulan
100Mbps – RM129/bulan
30Mbps VDSL – RM139/bulan
30Mbps unlimited – RM89/bulan

Unifi Biz
100Mbps Pro Plan – RM139/bulan
30Mbps (Naiktaraf Turbo ke 300Mbps) – RM249/bulan
50Mbps 2019 (Naiktaraf Turbo ke 500Mbps) – RM299/bulan
100Mbps 2019 (Naiktaraf Turbo ke 800Mbps) – RM349/bulan

Pelanggan Sedia Ada

Bagi pengguna yang telah lama melanggan pelan Unifi Home atau Unifi Biz, anda juga berpeluang menikmati tawaran istimewa dari promosi Unifi Pay Nothing ini. Syaratnya, anda perlu memperbaharui kontrak anda kepada 24-bulan dan anda akan menerima pengecualian bayaran bulanan sehingga 31 Disember 2019.

Pengguna juga perlu memastikan akaun mereka aktif dan tidak memiliki tunggakan untuk menikmati promosi Unifi Pay Nothing ini.

Dari soalan lazim FAQ, tawaran ini tidak termasuk pelan Unifi Basic (60GB), Unifi Lite, Unifi Air, Unifi Mobile dan pelanggan Smart Partnership. Bagi pengguna Unifi Biz, anda boleh memperbaharui kontrak berasaskan pelan sedia ada ataupun bertukar ke pelan Unifi Biz yang terbaru.

Perlu diambil perhatian, pengecualian ini hanya diantara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2019 sahaja. Jika kitaran bil anda jatuh pada 7hb dan anda mengaktifkan promosi Pay Nothing ini pada 10 Oktober, pengecualian bil anda akan berjalan dari 10 Oktober hingga 31 Disember 2019 sahaja. Jika ditebus lebih awal dari 7hb, maka pengecualian akan bermula dari 7hb. Bermkana, anda perlu menebusnya lebih awal dari tarikh kitaran bil anda untuk memaksimakan tempoh pengecualian.

Jika anda berminat dengan promosi Unifi Pay Nothing ini, ia boleh dilakukan menerusi portal Unifi dan juga aplikasi MyUnifi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman promosi Unifi Pay Nothing.

Tags: Pay NothingUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Pay Nothing: Semua pelanggan boleh mendapatkan pengecualian bil percuma hingga akhir tahun dengan syarat

Unifi Pay Nothing: Semua pelanggan boleh mendapatkan pengecualian bil percuma hingga akhir tahun dengan syarat

1 October 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER