• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rangkaian Wimax Yes telah ditamatkan perkhidmatannya

  • OLEH Najib
  • 4:46 pm
  • 01/10/2019
  • Komen
Rangkaian Wimax Yes telah ditamatkan perkhidmatannya
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula dengan menawarkan rangkaian internet Wimax, Yes akhirnya telah menamatkan rangkaian Wimax di Malaysia. Yes telah menghantar notis penamatan tersebut kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar Wimax mereka berkuatkuasa pukul 2 petang pada 30 September 2019.

Bagi pengguna yang masih setia dengan pelan Wimax yang lama, Yes menawarkan naik taraf percuma kepada pelan 4G LTE mereka bersama peranti percuma. Untuk bertukar, pengguna boleh melawat Stor Yes berhampiran, atau menghubungi Yes di talian 018-3330000, ataupun menerusi aplikasi MyYes4G.



Yes telah melancarkan rangkaian Wimax mereka pada tahun 2010, dengan kelajuan internet yang lebih pantas berbanding rangkaian 3G pada waktu itu. Penggunaan Wimax tidak memerlukan SIM, pengguna hanya perlu mendaftar masuk akaun Wimax mereka di mana-mana peranti yang bersesuaian, malah membuat panggilan dan menerima panggilan dari mana-mana peranti pintar termasuk iOS, semudah mendaftar masuk aplikasi YesLife.

Bagaimanapun teknologi Wimax kurang mendapat sambutan dan rangkaian 4G LTE mula mengambil alih tempat Wimax. Penyedia Wimax yang lain, P1 telah menamatkan perkhidmatan Wimax pada tahun 2017 dan bertukar kepada rangkaian TDD-LTE.



Yes juga telah memulakan perkhidmatan 4G LTE pada tahun 2016 dan menjadi penyedia rangkaian pertama menawarkan panggilan HD Voice over LTE (VoLTE). Yes juga menjadi penyedia rangkaian pertama beroperasi di rangkaian TDD-LTE menerusi jalur 2300MHz (Band 40) dan 2600MHz (Band 38).

Sumber: Yes4G

Tags: Wimaxyes 4g
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Rangkaian Wimax Yes telah ditamatkan perkhidmatannya

Rangkaian Wimax Yes telah ditamatkan perkhidmatannya

1 October 2019
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER