fbpx

Gelombang kedua telefon empat kamera Oppo bakal melanda Malaysia

Oppo Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar dengan 4 kamera bulan lepas, iaitu Oppo A9 2020 dan Oppo A5 2020. Ketibaan bulan Oktober bakal menyaksikan kedatangan beberapa lagi model telefon pintar baru Oppo, juga dengan 4 kamera di belakang.

Hari ini Oppo Malaysia mengumumkan akan ketibaan siri Oppo Reno2 tidak lama lagi ke Malaysia. Ia telah dilancarkan di India pada hujung bulan Ogos lepas, di mana 3 model diperkenalkan iaitu Oppo Reno2, Oppo Reno2 Z dan Oppo Reno2 F. Tiada pula pengganti Oppo Reno 10x zoom dalam generasi kedua ini.

Oppo Reno2

Masih mengekalkan rekaan unik kamera pop up sirip jerung, Oppo Reno2 juga memiliki skrin penuh tanpa takuk dan lubang. Skrin ini berukuran 6.5-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED, dengan pengimbas capjari terbina di dalamnya.

Kuasa pemproses Reno2 kali ini menggunakan cip Snpdragon 730G, bersama RAM sebanyak 8GB dan storan dalaman 256GB. Tenaganya dijana dari bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Kamera belakang di Reno2 merupakan gandingan 4 jenis kamera berbeza iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto 8MP F2.4, kamera ultra lebar 13MP F2.2 da kamera bokeh 2MP F2.4.

Kamera ini berkeupayaan mengezum secara hibrid 5x tanpa menjejaskan kualiti, dan mengezum digital sehingga 20x. Kamera hadapan yang terletak di dalam modul boleh simpan sirip jerung pula ialah kamera 16MP F2.0.

Oppo Reno2 Z

Reno2 Z menampilkan rupa yang sedikit berbeza dari Reno2. Ini kerana ia tidak menggunakan modul kamera pop up sirip jerung, tetapi jenis petak yang biasa. Tetapi cara ini membolehkan ia mengekalkan skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

BACA  Raja baru telefon bajet akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi

Skrin Reno2 Z berukuran 6.5-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED, dengan pengimbas capjari terbina di dalamnya. Pemproses berbeza juga digunakan oleh Reno2 Z iaitu cip Mediatek Helio P90, berpadanan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Baterinya sebesar 4,000mAh dan ia juga menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.

Perbezaan kamera di Reno2 Z ialah ketiadaan kamera telefoto. 4 kamera di belakangnya ialah kamera utama 48MP F1.7, kamera bersudut lebar 8MP F2.2, kamera mono 2MP dan kamera potret 2MP. Ia hampir serupa dengan kamera yang terdapat di Oppo A9 2020. Kamera hadapan dalam modul pop up pula ialah kamera 16MP F2.0.

Oppo Reno2 F

Model berkuasa terendah dalam siri Reno2 ialah Reno2 F. Skrinnya masih sama, bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop up petak untuk kamera hadapan. Skrin ini berukuran 6.5-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED serta memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya.

Reno2 F diperkasa pemproses Mediatek Helio P70, dipadankan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya juga sebesar 4,000mAh, juga menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.

Gandingan 4 kamera belakangnya hampir serupa dengan Reno2 Z. Ia memmiliki kamera utama 48MP F1.79, kamera bersudut lebar 8MP F2.2, kamera mono 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan dalam modul pop up pula ialah kamera 16MP F2.0.

Harga Jualan

Untuk perbandingan, kita boleh meneliti harga jualan siri Oppo Reno2 di India untuk mendapatkan gambaran awal kemungkinan harga jualannya di Malaysia. Harganya adalah seperti berikut:

  • Oppo Reno2 (RAM 8GB + Storan 256GB) – INR36,990 (~RM2,174)
  • Oppo Reno2 Z (RAM 8GB + Storan 256GB) – INR29,990 (~RM1,763)
  • Oppo Reno2 F (RAM 8GB + Storan 128GB) – INR25,990 (~RM1,528)
BACA  #Belanjawan2020: RM30 Secara One-off Untuk e-Wallet Anda

Oppo Reno generasi pertama telah dijual di Malaysia pada harga RM1,999 dengan RAM 6GB dan storan 256GB. Kami jangkakan, Reno2 akan dijual pada harga hampir sama dengan Reno semasa pelancaran. Tetapi kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari Oppo Malaysia tidak lama lagi.