• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Service Day hadiah buat semua pengguna

  • OLEH Najib
  • 6:21 pm
  • 02/10/2019
  • Komen
Oppo Service Day hadiah buat semua pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk memberi perkhidmatan lepas jualan yang terbaik untuk pengguna, Oppo Malaysia telah melancarkan Oppo Service Day, atau Hari Perkhidmatan Oppo. Ia akan diadakan secara bulanan, tetapi pada tarikh yang berbeza.

Untuk bulan Oktober, Oppo Service Day akan diadakan pada 9 Oktober 2019, bertempat di Oppo Kuala Lumpur Service Center. Untuk bulan seterusnya, ia akan diumumkan menerusi Facebook Page Oppo Care. Jadi pengguna boleh sentiasa mengunjungi Facebook tersebut untuk mengetahui tarikh Oppo Service Day.



Apa yang boleh pengguna dapatkan semasa Oppo Service Day? Pengguna boleh menikmati perkhidmatan tambahan seperti khidmat membersihkan telefon pintar serta penyelenggaran untuk mana-mana model telefon pintar Oppo. Lokasi terpilih juga akan mengadakan bengkel telefon pintar, untuk memberikan pengetahuan lebih mendalam mengenai telefon pintar Oppo.

Selain itu, Oppo juga akan mengadakan cabutan bertuah untuk penguna di mana mereka berpeluang memenangi diskaun untuk membaiki peranti. Antara hadiah yang turut disediakan ialah caj buruh percuma sepanjang hayat (untuk perkakas dalaman sahaja) serta naik taraf perisian peranti.



Oppo juga berusaha untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna sepanjang masa, menerusi insiatif Oppo Excellent. Antaranya ialah baik pulih kilat 1-jam (1-hour Flash Fix), aplikasi Oppo Service dan jaminan antarabangsa.

Baik pulih kilat 1-jam (1-hour Flash Fix), menjanjikan pengguna yang mengunjungi pusat khidmat Oppo untuk menerima perkhidmatan baik pulih peranti mereka dalam masa sejam. Pengguna yang layak mendapatkan khidmat kilat ini, akan menerima hadiah pampasan jika baikpulih tidak dapat dibuat dalam masa 1-jam. Khidmat kilat ini juga hanya terdapat di beberapa lokasi terpilih.

Aplikasi Oppo Service pula menyediakan kemudahan mencari lokasi pusat khidmat Oppo serta membuat temujanji untuk membaiki peranti. Pengguna juga boleh menyemak harga perkakas gantian untuk membuat anggaran bayaran yang perlu dibuat. Status baikpulih turut boleh disemak menerusi aplikasi ini, selain status jaminan dan diagnosis. Aplikasi ini akan boleh dimuat turun di Oppo App Store bermula bulan Oktober.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pengguna flaghsip, Oppo menyediakan jaminan antarabangsa untuk peranti terpilih iaitu OPPO Reno 10x zoom, OPPO Reno FC Barcelona Edition, dan OPPO Find X. Pengguna peranti ini boleh mendapatkan khidmat baik pulih di mana-mana negara yang terdapat pusat servis Oppo.

Tags: oppoOppo Service Day
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Service Day hadiah buat semua pengguna

Oppo Service Day hadiah buat semua pengguna

2 October 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN