• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Xiaomi Malaysia lancar 3 model fon telinga TWS mampu milik

  • OLEH Najib
  • 3:37 pm
  • 08/10/2019
  • Komen
Xiaomi Malaysia lancar 3 model fon telinga TWS mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kemunculan tiga model fon telinga TWS untuk pasaran Malaysia. Ia berkongsi pentas pelancaran yang sama dengan siri Redmi Note 8.

Tiga model fon teligna TWS serta harga jualannya adalah seperti berikut:



  • Mi True Wireless Earbuds Basic – RM99
  • Mi True Wireless Earbuds – RM179
  • Mi True Wireless Earphones – RM329

Ketiga-tiga TWS ini ialah fon telinga wayarles stereo, tanpa wayar antara kiri dan kanan. Ia memiliki perumah yang turut bertindak sebagai alat pengecas.

Mi True Wireless Earbuds Basic sebenarnya sama seperti Redmi Airdots. Ia adalah fon telinga TWS yang paling murah antara ketiganya, hanya RM99. Rekaannya kecil dalam bentuk earbuds yang ringan dan senang dimasukkan di dalam telinga.



Tenaga bateri di dalam fon telinga ini boleh digunakan sehingga 4 jam. Perumahnya, membolehkan ia dicas penuh dua kali, memberikan hayat penggunaan sehingga 12 jam. Terdapat butang fizikal padanya untuk mengawal muzik.

Mi True Wireless Earbuds ialah fon telinga yang lebih baik dari versi Basic. Secara kasar, ia kelihatan agak serupa dengan Basic, serta hayat bateri yang sama, 4 jam di fon telinga dan 12 jam bersama perumah.

Perbezaannya dengan Basic ialah ia memiliki butang sentuhan, bukannya butang fizikal. Bermakna, satu sentuhan lembut sudah cukup untuk menghantar arahan mengawal muzik.

Mi True Wireless Earphones pula memiliki rupa seakan-akan Apple AirPods. Selain kualiti bunyi yang jauh lebih baik dari dua model TWS di atas, ia juga boleh digunakan hanya sebelah unit bila perlu.

Bagaimanapun, hayat baterinya lebih pendek. Ia boleh digunakan berterusan selama 3 jam, dan dicas semula sebanyak dua kali di dalam perumah, memberi penggunaan sehingga 10 jam.

Tags: Mi True Wireless EarbudsMi True Wireless Earbuds BasicMi True Wireless Earphonesxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Malaysia lancar 3 model fon telinga TWS mampu milik

Xiaomi Malaysia lancar 3 model fon telinga TWS mampu milik

8 October 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN