• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan barangan segar dihantar terus ke pintu rumah menggunakan MyGroser

  • OLEH Najib
  • 6:01 pm
  • 10/10/2019
  • Komen
Dapatkan barangan segar dihantar terus ke pintu rumah menggunakan MyGroser
Share on FacebookShare on Twitter

Sibuk dengan kerja, susah mencari tempat parking, barisan yang panjang di kaunter pembayaran dan barangan yang mahu dibeli tiada, menyukarkan ramai pekerja di kota untuk membeli-belah barangan rumah di supermarket. Kuasa internet dan telefon pintar di hujung jari boleh membantu dan salah satu darinya dengan MyGroser.com.

MyGroser adalah kedai runcit dalam talian bebas yang bukan sahaja menjual barangan runcit, malah menyediakan perkhidmatan penghantaran ke pintu rumah. Perkhidmatan penghantaran ini disediakan di Lembah Klang, dari pukul 9 pagi hingga 9 malam, 7 hari seminggu. Pengguna boleh memilih masa penghantaran yang bersesuaian untuk memastikan barangan yang dihantar sentiasa segar dan bermutu.



MyGroser kini menyenaraikan hampir 9,000 produk antaranya barangan segar seperti daging, makanan laut, dan sayur, buah-buahan dan makanan tenusu, makanan beku, makanan kering, produk premium dan barangan keperluan harian.

Stor Online MyGroser menyediakan senarai pilihan koleksi istimewa antaranya barangan promosi, buatan Malaysia, kegemaran Malaysia, pilihan istimewa MyGroser dan Meatless Monday.



Untuk memastikan barangan di MyGroser sentiasa segar dan baru, MyGroser bekerjasama dengan pembekal dalam dan luar negara, memastikan produk yang sentiasa dicari pengguna ada di MyGroser.

MyGroser beroperasi dari hujung-ke-hujung. Apabila pengguna membuat tempahan, MyGroser akan mendapatkan barangan yang ditempah dari pembekal dan menyimpannya di dalam stor dedikasi yang mengandungi bilik sejuk, memastikan barangan segar sebelum dihantar.

Tempahan akan diproses dan dibungkus sebelum dihantar kepada pembeli mengikut masa yang teplah dipilih. Penghantaran akan diuruskan sendiri oleh pekerja MyGroser menggunakan bungkusan dengan kawalan haba memastikan ia tahan lama sebelum sampai ke tangan pembeli.

Buat masa ini, pembeli boleh membeli-belah di MyGroser menerusi laman web www.MyGroser.com. Pengguna yang mendaftar sekarang berpeluang menerima kredit percuma untuk tempahan pertama dan berpeluang mendapatkan kredit rujukan selain beberapa ganjaran lain yang akan diumumkan. Aplikasi Android dan iOS akan datang tidak lama lagi.

Layari laman www.MyGroser.com sekarang untuk mula membeli-belah. Ia kini meliputi kebanyakan kawasan Lembah Klang di antaranya Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Bangsar, Mont Kiara dan Bandar Utama.

Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan barangan segar dihantar terus ke pintu rumah menggunakan MyGroser

Dapatkan barangan segar dihantar terus ke pintu rumah menggunakan MyGroser

10 October 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN