• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tempahan awal ROG Phone II datang dengan Kunai percuma dan baucer bernilai RM200

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 11/10/2019
  • Komen
Tempahan awal ROG Phone II datang dengan Kunai percuma dan baucer bernilai RM200
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia telah bersedia untuk melancarkan telefon pintar gaming terhebat mereka, ROG Phone II pada 16 Oktober 2019. Bagi yang berminat dan telah bersiap sedia untuk membelinya, ASUS Malaysia akan membuka tempahan dua hari lebih awal dari tarikh pelancarannya.

Tempahan awal ini bukan sahaja memastikan pembeli mendapatnya lebih awal dari yang lain, pembeli juga akan menerima hadiah percuma berupa GamePad Kunai. Mereka yang berminat, boleh membuat tempahan awal ini di Shopee dan turut akan menerima Shopee Coins bernilai RM200 secara percuma.



ROG Phone II boleh ditempah awal pada 14 & 15 Oktober di Shopee. Pengguna perlu membayar despoit RM999 semasa tempahan ini. Untuk menerima Shopee Coins bernilai RM200 pula, masukkan kod ROG2COIN di ruang voucher code sebelum membuat bayaran.

Telefon yang ditempah akan dihantar selepas bayaran penuh dibuat. Harga jualan telefon akan diumumkan pada 16 Oktober, pukul 4 petang. Pembeli akan menerima notifikasi dengan kod bernilai RM999 untuk membuat bayaran akhir tempahan.



Penghantaran akan dibuat bermula dari 17 Oktober 2019 selepas bayaran penuh diterima. Tetapi GamePad Kunai akan dihantar berasingan, selepas 11 November 2019. Bayaran akhir perlu dibuat selewat-lewatnya pada 20 Oktober 2019 dan deposit tidak akan dipulangkan.

Kalau anda sudah bersedia untuk membeli ROG Phone II, maka tempahan awal ini harus didapatkan kerana bukan sahaja akan menerima GamePad Kunai percuma, malah menerima bonus RM200 dalam bentuk Shopee Coins.

ROG Phone II dengan GamePad Kunai

ROG Phone II sememangnya sebuah telefon pintar gaming yang sangat hebat. Ia memiliki skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dan diapit oleh dua speaker stereo yang menembak bunyi terus ke muka pengguna. Di dalam ia memiliki kuasa pemproses terbaik, Snadpragon 855+ bersama RAM dari jenis LPDDR4X dan storan UFS3.0 yang sangat pantas.

Selain sistem penyejukan yang canggih, ROG Phone 2 memiliki bateri 6,000mAh yang sangat besar dan menyokong pengecasan pantas USB-C PD 30W. Lebih baik lagi, ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm ketika trend pengeluar telah menghapuskannya di telefon pintar terbaru.

Kenali ROG Phone II dengan lebih dekat menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

Sumber: Shopee

Tags: asusasus rog phone 2Shopee
Najib

Najib

POPULAR

Tempahan awal ROG Phone II datang dengan Kunai percuma dan baucer bernilai RM200

Tempahan awal ROG Phone II datang dengan Kunai percuma dan baucer bernilai RM200

11 October 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN