• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#Belanjawan2020: Geran untuk pembinaan kandungan digital bagi merancakkan ekosistem 5G

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 11/10/2019
  • Komen
#Belanjawan2020: Geran untuk pembinaan kandungan digital bagi merancakkan ekosistem 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Pelaksanaan NFCP akan menyediakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada lebih banyak kawasan di Malaysia. Ini akan membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak teknologi untuk memudahkan cara hidup serta meningkatkan pendapatan isi rumah.

Bagi merancakkan penggunaan internet jalur lebar, kerajaan akan memperuntukkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta. Ia bagi menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat untuk menghadapi gelombang perubahan 5G.



Kerajaan juga mahu menggalakkan lebih banyak aplikasi digital dihasilkan di Malaysia. Untuk itu, dana geran padanan secara bidaan sebanyak RM25 juta disediakan. Antara sasarannya kepada pembangun projek perintis seperti dron penghantaran, kenderaan pandu sendiri, teknologi blockchain serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

Kandungan digital masakini telah berkembang pesat dan telah banyak meningkatkan ekonomi pelbagai pihak. Pendapatan industri permainan video dunia telah melebihi USD150 bilion, lebih tinggi berbanding gabungan hasil industri muzik dan filem.



Bagi memupuk bakat tempatan dalam menghasilkan kandungan digital khususnya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Antara kandungan digital buatan Malaysia yang popular masakini adalah seperti animasi Upin & Ipin, Boboiboy dan juga Ejen Ali. Semoga ini akan menjadi pemangkin dan batu loncatan kepada pembangun perintis kandungan digital tempatan meluaskan hasil kerja mereka ke seluruh dunia.

Tags: Belanjawan 2020MDEC
Najib

Najib

POPULAR

#Belanjawan2020: Geran untuk pembinaan kandungan digital bagi merancakkan ekosistem 5G

#Belanjawan2020: Geran untuk pembinaan kandungan digital bagi merancakkan ekosistem 5G

11 October 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN