• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boleh dapatkan Honor 9X secara percuma, tapi dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 16/10/2019
  • Komen
Boleh dapatkan Honor 9X secara percuma, tapi dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Honor X adalah salah satu model yang popular kerana ia menawarkan telefon pintar kelas pertengahan, dengan skrin dan bateri yang besar, pada harga mampu dimiliki. Model terbaru ialah Honor 9X dan ia telah dilancarkan di China pada bulan Julai lepas. Ia bakal dilancarkan di pentas antarabangsa tidak lama lagi, tetapi sebelum itu sesuatu perlu dilakukan.

Presiden Honor, George Zhao menerusi media sosial, menawarkan saluran awal untuk pengguna menguji Honor 9X sebelum ia dilancarkan di peringkat global. Honor mencari sebanyak 10 orang untuk menguji telefon ini sebelum pelancaran.



Untuk melayakkan diri menjadi penguji terawal ini, anda perlu bersetuju untuk menulis reviu atau merakam video tentang Honor 9X dalam masa 10 hari selepas menerima unit ujian. Untuk ini juga, anda perlu menghantar pautan tentang tulisan anda sebelum ini, untuk meningkatkan peluang anda terpilih.

Jika berminat, anda boleh menyertainya dengan melawat laman mencari penguji Honor 9X yang dihos oleh XDA Developers. Tawaran ini terbuka kepada semua orang di seluruh dunia.



Honor 9X yang baru dilancarkan ini diperkenalkan dalam dua model, Honor 9X dan Honor 9X Pro. Kedua-dua model ini memiliki skrin besar 6.59-inci HD Penuh tanpa takuk dan lubang, kerana ia menggunakan modul pop up boleh sembunyi untuk kamera hadapan 16MP. Ia dipasang pemproses Kirin 810 7nm sebagai kuasa penggerak.

Perbezaan ketara antara keduanya ialah kamera belakang. Versi Pro datang dengan tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman. Manakala versi biasa menggunakan kamera utama dan kamera pengesan kedalaman sahaja, tiada kamera ultra lebar.

Bateri besar 4,000mAh menjadi sumber tenaga dan ia dicas melalui sambungan UCB-C. Telefon ini juga menggunakan pengimbas capjari di sisi, yang bergabung dengan butang kuasa. Jek audio 3.5mm masih kelihatan ada di Honor 9X.

Memandangkan Honor ialah satu jenama di bawah Huawei, siri Honor 9X ini kelihatan akan menjadi model pertama dilancarkan di peringkat antarabangsa tanpa Google Mobiles Services, sama seperti siri Huawei Mate 30. Jadi, pengguna perlu bersiap sedia untuk menggunakan Honor 9X bersama Huawei Mobile Services, tanpa akses rasmi ke perkhidmatan Google.

Sumber: George Zhao

Tags: honorHonor 9X
Najib

Najib

POPULAR

Boleh dapatkan Honor 9X secara percuma, tapi dengan syarat

Boleh dapatkan Honor 9X secara percuma, tapi dengan syarat

16 October 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN