• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu langkah menyelamatkan Honor 9X dari sekatan Google

  • OLEH Najib
  • 7:41 pm
  • 25/10/2019
  • Komen
Satu langkah menyelamatkan Honor 9X dari sekatan Google
Share on FacebookShare on Twitter

Honor 9X telah diwar-warkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Walaupun telah dilancarkan di China, ia sebenarnya masih agak misteri kerana set telefon China sering berubah apabila dijual di peringkat antarabangsa.

Perkara ini telah dirungkaikan apabila Honor 9X telah dilancarkan di Rusia dan akan mula dijual di Eropah. Seperti yang disebut di atas, Honor 9X versi antarabangsa adalah berbeza dengan versi China. Dan ini telah menyelamatkannnya dari termasuk dalam senarai larangan Amerika Syarikat, membuatkannya masih boleh menggunakan Google Mobiles Services, tidak seperti siri Huawei Mate 30.



Ikatan adik-beradik antara Huawei dan Honor sering membuatkan mereka berkongsi pelbagai perkara. Menurut pembocor berita terkenal Roland Quandt, Honor 9X sebenarnya dihasilkan dari model Huawei P Smart Z yang kemudiannya tiba di Malaysia sebagai Huawei Y9 Prime. Walaupun versi Eropah Honor 9X memiliki kamera yang sama dengan Honor 9 Pro di China, ada satu perbezaan yang penting.

Honor 9X Pro di China dikuasakan oleh pemproses Kirin 810, tetapi versi Eropah menggunakan Kirin 710F. Ia adalah spesifikasi yang sama dengan Huawei Y9 Prime. Menggunakan persijilan dari model sedia ada dengan nama yang sama, membolehkan ia menggunakan perkhidmatan Google di dalamnya.



This is the new (European) Honor 9X. Which isn't actually new. It's a Huawei P Smart Z (STK-LX1) with a better camera + different mem config. This is how Huawei launches "new phones" w/ Google services – they've had the certification for this device long before Trump's embargo. pic.twitter.com/M0wkyyeh37

— Roland Quandt (@rquandt) October 24, 2019

Bersama pemproses Kirin 710F, Honor 9X di Eropah dilengkapi RAM sehingga 6GB, storan 64GB/128GB dan slot kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 512GB. Baterinya sebesar 4,000mAh dan dicas melalui port USB-C. Malangnya, ia tiada sokongan pengecasan pantas.

Di belakang, ia memiliki tiga kamera gandingan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 16MP terletak di dalam modul pop-up yang boleh disembunyikan.

Dengan modul kamera pop-up, ia membolehkan skrinnya memenuhi ruangan hadapan tanpa takuk dan lubang. Skrinnya pula berukuran 6.59-inci, dari jenis LCD.

Kemasan kilauan berbentuk X menonjolkan rupa Honor 9X sebagai telefon yang unik. Ia dihasilkan dengan dua warna pilihan, antara biru dan hitam.

Walaupun masih belum dipastikan, pelancaran di Eropah boleh dikatakan turut menjadi petunjuk yang sama untuk peranti tersebut di Malaysia. Honor Malaysia telah memuat naik petunjuk akan ketibaannya tidak lama lagi, tetapi masih belum menetapkan tarikhnya.

Jika mahu menjadi pemilik terawal, Honor Malaysia kini menawarkan dua unit untuk diuji terlebih awal oleh pengguna di Malaysia. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2019 dan pemenang akan diumumkan pada 7 November 2019. Maklumat lanjut tentangnya boleh didapati di sini.

Sumber: Android Authority, Roland Quandt

Tags: honorHonor 9X
Najib

Najib

POPULAR

Satu langkah menyelamatkan Honor 9X dari sekatan Google

Satu langkah menyelamatkan Honor 9X dari sekatan Google

25 October 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER