• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods Terima Rawatan “Pro” Untuk Hadir Dengan Penyaring Hingar Aktif

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:54 am
  • 29/10/2019
  • Komen
AirPods Terima Rawatan “Pro” Untuk Hadir Dengan Penyaring Hingar Aktif
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah memperkaya keluarga produk audio mereka dengan pelancaran AirPods Pro, earbuds TWS Bluetooth dengan keupayaan penyaring hingar (ANC). Masih mengekalkan DNA AirPods, versi Pro ini boleh menapis segala macam bunyi yang tak perlu sampai ke gegendang telinga anda menggunakan dua mikrofon, satu yang menghadap keluar dan satu lagi menghadap ke dalam corong telinga.

Menurut Apple, ini adalah satu-satunya in-ear dengan ANC yang sentiasa beradaptasi dengan geometri telinga si pemakai. Konsep ini adalah sama seperti HTC Usonic yang menggunakan speaker telefon untuk menyaring hingar.



Selain ciri ANC, lain-lain ciri dilihat diwarisi daripada AirPods. Contohnya, permukaan peka sentuhan untuk menyeru pembantu maya Siri, mengawal audio yang sedang dimainkan, ataupun mematikan sebentar sistem ANC untuk anda mendengar apa yang berlaku di luar.

Bekas penyimpannya boleh dicas secara wayarles dengan mana-mana pengecas yang menyokong piawian Qi. Secara total, ia membekalkan lebih 24 jam waktu pengunaan dengan 4.5 jam waktu penggunaan dengan satu isian penuh pada set earbuds itu.



Apple AirPods Pro akan mula dijual 30 Oktober 2019 ini pada harga RM1,099. Untuk perbandingan AirPods biasa kini dijual pada harga RM699 ataupun RM879 dengan bekas yang boleh dicas wayarles.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanju.

Tags: appleapple aipodsapple airpods pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AirPods Terima Rawatan “Pro” Untuk Hadir Dengan Penyaring Hingar Aktif

AirPods Terima Rawatan “Pro” Untuk Hadir Dengan Penyaring Hingar Aktif

29 October 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN