fbpx

Lupakan Redmi Note 8 Pro Sebab Telefon Ini Jauh Lebih Berbaloi

Sekiranya anda sedang mengintai Redmi Note 8 Pro yang ada kamera belakang 64MP, anda mungkin boleh bersabar sedikit sebab Xiaomi telahpun menerbitkan teaser tentang sebuah telefon dengan keupayaan 108MP untuk pasaran global. Ia adalah Mi Note 10 ataupun di China dikenali sebagai Xiaomi CC9 Pro seperti yang telah kami laporkan.

Peluang telefon ini untuk tiba di Malaysia agak cerah kerana entrinya sudahpun ditemui dalam pengkalan data pihak berkuasa Thailand dan Singapura. Jika benar, Note 8 Pro nampaknya akan hilang taringnya jika harga antara kedua telefon ini tidak besar jurangnya.

Selain daripada kamera 108MP, ada beberapa maklumat tertiris tentang Mi Note 10 yang saya rasakan amat menarik. Yang pertama adalah SoC yang didukungnya ialah Snapdragon 730 yang tentunya menarik minat anda berbanding cip MediaTek pada Redmi Note 8 Pro.

Bahagian kamera adalah yang ditekankan Xiaomi dalam banyak materi iklan mereka. Selain kamera 108MP, mereka mengetengahkan keupayaan 5 kali zum optikal dan 10 kali zum hibrid, konsep sama yang diterapkan Huawei pada siri P mereka.

Kemudian, selain ada keupayaan kamera yang luar biasa, kapasiti baterinya juga besar. Memiliki bateri 5,170mAh, maklumat yag tinggal adalah sama ada ia menyokong pengecasan pantas ataupun tidak. Jika ya, sudah ia jadikan telefon ini sebuah pesaing yang berkaliber dalam arena kelas pertengahan.

BACA  Risiko Yang Perlu Anda Ketahui Jika Gunakan Gajet IoT Xiaomi

Agak menarik jika melihat skema penamaan kali ini kerana ia melangkau terus daripada Mi Note 3 ke Mi Note 10. Ia mungkin untuk diselarikan dengan siri flagship Mi mereka yang kini berada di tangga ke-9.

Apa pendapat anda tentang Mi Note 10 ini? Adakah ini bakal jadi telefon anda yang seterusnya?