• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak Cukup Dengan 64MP, Xiaomi Bakal Tembusi Sempadan 108MP Untuk Kameranya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:00 am
  • 29/10/2019
  • Komen
Tak Cukup Dengan 64MP, Xiaomi Bakal Tembusi Sempadan 108MP Untuk Kameranya
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat ini, Redmi Note 8 Pro adalah telefon dengan kamera bermegapiksel tertinggi yang boleh anda dapatkan di Malaysia iaitu 64MP kamera belakang. Tapi di China, Xiaomi di sana sedang bersiap sedia untuk mengumumkan telefon yang ada kamera belakang 108MP menggunakan sensor Samsung iaitu Mi CC9 Pro.

ISOCELL Bright HMX adalah sensor Samsung sebesar 1/1.33″ yang menggunakan teknologi Tetracell. Dalam keadaan cukup pencahayaan, ia mampu menangkap gambar beresolusi 108MP (12032×9024). Jika sistem kamera mengesan persekitaran yang terhad cahayanya, 4 piksel sebelah menyebelah boleh digabungkan menjadi satu piksel yang lebih besar bagi mempertingkat keupayaan menangkap cahaya.



Daripada beberapa imej yang dikongsikan, kelihatan CC9 Pro bakal dilengkapi pentakamera belakang. Selain sensor 108MP, kelihatan juga kamera dengan zoom optikal 5X yang menjelaskan mengapa salah satu kameranya sedikit berjarak daripada dua yang lain. Kemudian baki dua lagi berkemungkinan besar ultralebar, 3D ToF, makro ataupun bokeh.

Evolusi MP kamera di telefon Xiaomi

Juga kelihatan dua kluster flash LED dengan kaca penyerak yang berbeza antara keduanya. Ia mungkin mencadangkan salah satu daripadanya khas digunakan untuk potret dan satu lagi untuk kegunaan biasa.



Untuk specs teknikal, tidak pula maklumat itu dikongsikan pihak Xiaomi. Besar kemungkinan ia didatangkan dengan CPU kelas pertengahan seperti Snapdragon 730G kerana SoC ini mampu menampung konfgurasi ekakamera sehingga 192MP.

Sumber: Xiaomi

Tags: xiaomixiaomi cc9xiaomi cc9 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Tak Cukup Dengan 64MP, Xiaomi Bakal Tembusi Sempadan 108MP Untuk Kameranya

Tak Cukup Dengan 64MP, Xiaomi Bakal Tembusi Sempadan 108MP Untuk Kameranya

29 October 2019
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER