• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Buds 2, Buds Wireless dan Powerbank 10k iringi ketibaan Realme XT di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 30/10/2019
  • Komen
Realme Buds 2, Buds Wireless dan Powerbank 10k iringi ketibaan Realme XT di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran Realme XT, 3 aksesori turut diumumkan tiba di Malaysia. Aksesori tersebut ialah fon telinga Realme Buds 2, fon telinga wayarles Realme Buds Wireless dan powerbank 10,000mAh.

Realme Buds 2 ialah fon telinga generasi kedua yang dihasilkan Realme. Ia menggunakan pemandu bass berukuran 11.2mm di dalam rekaan kapsul, menyalurkan bunyi berkualiti tinggi kepada pengguna.



Realme Buds Wireless adalah produk yang dihasilkan dengan kerjasama produser dan DJ terkenal dunia, Alan Walker. Ia direka secara minimalis menggunakan besi premium dan gel silika yang mesra kulit.

Kedua belah buds dilengkapi magnet, yang memudahkan simpanan selain bertindak sebagai palam menghidupkan dan mematikannya. Ia juga mudah disambungkan kepada peranti sejurus diputuskan hubungan magnetnya.



Powerbank Realme ini adalah yang pertama dijual di Malaysia. Ia memiliki kapasiti 10,000mAh dengan kuasa pengecasan pantas 18W dua hala, dengan dua port USB-A dan USB-C.

Kuasa ini juga membolehkan ia mengecas laptop melalui USB-C sehingga 18W. Lebih menarik, Realme menawarkan warna hitam serta warna kuning tema Realme untuk powerbank ini.

Ketiga-tiga aksesori Relame yang diperkenalkan hari ini, akan mula dijual di Malaysia pada 11 November 2019 ), secara eksklusif di Shopee sahaja. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Realme Buds 2 – RM49
  • Realme Buds Wireless – RM149
  • Realme Powerbank 10,000mAh – RM129

Khas pada 11.11 sahaja di Shopee, Realme Buds 2 boleh dibeli pada harga RM39 sahaja. Kepada yang berminat dengan Realme Buds Wireless, tempahan awal di Shopee dibuka dari hari ini, 30 Oktober 2019.

Tags: RealmeRealme Buds 2Realme Buds Wireless
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Realme Buds 2, Buds Wireless dan Powerbank 10k iringi ketibaan Realme XT di Malaysia

Realme Buds 2, Buds Wireless dan Powerbank 10k iringi ketibaan Realme XT di Malaysia

30 October 2019
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER