• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A5 2020 kini ada pilihan storan 128GB

  • OLEH Najib
  • 1:25 pm
  • 04/11/2019
  • Komen
Oppo A5 2020 kini ada pilihan storan 128GB
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo A9 2020 tiba di Malaysia menampilkan telefon pintar dengan 4 kamera belakang, speaker stereo dan bateri besar 5,000mAh. Untuk yang berminat tetapi kekurangan bajet, Oppo turut memperkenalkan Oppo A5 2020 di Malaysia pada harga RM699 sahaja.

Tetapi Oppo A5 2020 yang berharga RM699 hanya ada RAM 3GB dan storan 64GB. Hari ini Oppo Malaysia mengumumkan kedatangan Oppo A5 2020 dengan RAM dan storan lebih besar. Berharga hanya RM899, Oppo A5 2020 yang baru ini dipasang RAM 4GB dan storan dalaman 128GB.



Kuasa di dalamnya masih sama, menggunakan pemproses Snapdragon 665. Baterinya berkapasiti 5,000mAh tetapi tiada pengecasan pantas. Skrinnya berukuran 6.5-inci bertakuk kecil, dengan resolusi HD 720p.

Empat kamera di belakangnya ialah kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan 2 kamera potret 2MP. Kamera hadapan di dalam takuk pula menggunakan sensor 8MP F2.0.



Tarikan menarik pada telefon ini ialah terdapatnya pembesar suara stereo sebenar yang dikuasakan teknologi Dolby Atmos. Ia juga memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim nano dan kad mikroSD serentak.

Jika berminat, ia boleh dibeli bermula hari ini di Stor Konsep Oppo, Stor Online Oppo serta pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia. Ia juga akan terdapat di rakan telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile tidak lama lagi.

Tags: oppoOppo A5 2020
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A5 2020 kini ada pilihan storan 128GB

Oppo A5 2020 kini ada pilihan storan 128GB

4 November 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN