• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aktifkan Tour Pass Di Alipay Untuk Dapatkan e-Wallet Sementara Di China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:52 am
  • 06/11/2019
  • Komen
Aktifkan Tour Pass Di Alipay Untuk Dapatkan e-Wallet Sementara Di China
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang pernah melancong ke China tahulah kesukaran untuk berbelanja di sana. Bukan saja kebanyakan penjual tak menerima Mastercard/Visa, tapi urusan tunai pula menggunakan e-Wallet seperti Alipay dan WeChat Pay. Nak gunakan e-Wallet pula anda perlu ada akaun bank China dan nombor telefon tempatan.

Bermula hari ini, masalah itu mungkin hilang terus apabila Ant Financial Services Group yang mengendalikan Alipay sudahpun mengaktifkan Tour Pass, servis yang membolehkan pelancong luar menggunakan Alipay di China dengan mudah.



Boleh diaktifkan terus daripada APP Alipay, Tour Pass memberikan anda akaun sementara yang sah selama 90 hari untuk anda top-up dan lakukan pembayaran di mana-mana penjual yang menerima kaedah pembayaran Alipay. Tiada lagi akaun ataupun nombor telefon tempatan diperlukan.

Cara untuk aktifkan Tour Pass adalah dengan pergi ke ruang Setting APP. Dalam pilihan Region, anda perlu pilih pilihan International untuk tukarkan bahasa UI APP kepada bahasa Inggeris.



Kemudian anda boleh menambah nilai e-Wallet tersebut menggunakan kad kredit/debit seperti biasa sambil menyertakan maklumat peribadi seperti nombor passport dan sebagainya.

Saiz e-Wallet yang dibekalkan kepada anda adalah RMB 2,000 (RM 1,180) dan lebihan wang yang tidak digunakan daripada e-Wallet akan dikreditkan kepada kad debit/kredit anda selepas tarikh luput Tour Pass.

Fungsi ini tentu sekali akan memudahkan pelancong kerana China menerima lebih 30.5 juta pelancong dalam 2018 sahaja dan mereka membelanjakan sejumlah RM302.21 billion ketika berada di sana.

Sumber: SCMP

Tags: Alipayfintek
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Aktifkan Tour Pass Di Alipay Untuk Dapatkan e-Wallet Sementara Di China

Aktifkan Tour Pass Di Alipay Untuk Dapatkan e-Wallet Sementara Di China

6 November 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN