• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Muat turun kemaskini iOS 13.2.2 untuk baiki keupayaan berbilang tingkap aplikasi

  • OLEH Najib
  • 7:00 pm
  • 08/11/2019
  • Komen
Miliki iPhone 11 Sekarang Tanpa Perlu Tempahan, Ini Caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple nampaknya baru mengeluarkan kemaskini iOS dan iPadOS 13.2.2 yang mengandungi baik pulih untuk pepijat yang suka menutup tingkap aplikasi lebih cepat dari biasa. Dengan hanya bertukar tingkap aplikasi, ia boleh membuatkan pelayar Safari disegarkan semula atau tontonan YouTube di tengah jalan tidak pulang kembali ke tempat akhir ia dimainkan.

Kemaskini ini juga memperbaiki isu di iPhone di mana ia boleh kehilangan signal rangkaian mudah alih selepas membuat panggilan. Satu lagi perkara yang dibaiki ialah kehilangan data secara rawak. Walaupun signal menunjukkan bar penuh, tetapi sambungan internet tidak berhubung.



Selain itu, kemaskini ini turut menyelesaikan masalah semasa mengecas dengan penggunaan aksesori YubiKey serta pepijat yang mengakibatkan beberapa balasan ke mesej S/MIME antara akaun Exchange tidak dapat dibaca.

Jika anda tidak menerima notifikasi kemaskini, ia boleh dimuat turun secara manual menerusi Settings > General > Software Update.



Sumber: The Verge

Tags: appleiOS
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Miliki iPhone 11 Sekarang Tanpa Perlu Tempahan, Ini Caranya

Muat turun kemaskini iOS 13.2.2 untuk baiki keupayaan berbilang tingkap aplikasi

8 November 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN