• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RFID TNG akan dilaksanakan di semua lebuhraya PLUS bermula Januari 2020

  • OLEH Najib
  • 7:24 pm
  • 11/11/2019
  • Komen
Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Penyelesaian isu RFID di antara CIMB Group Holdings Bhd dan PLUS Malaysia Bhd bakal menyaksikan pelaksanaan RFID di seluruh plaza tol PLUS bermula 1 Januari 2020. Perkara ini akan dilaksanakan oleh syarikat kerjasama antara mereka, Touch n’ Go Sdn Bhd dalam satu pengumuman bersama hari ini.

CIMB memegang sebanyak 52% saham di dalam Touch n Go, manakala PLUS pula sebanyak 28% dan MTD Equity sebanyak 20%.



Sistem RFID TNG akan dipasang di 10 plaza tol sistem terbuka di sepanjang lebuhraya PLUS bermula 1 Januari 2020. Ia kemudian akan dipasang di semua 83 plaza tol sistem tertutup menjelang 1 April 2020.

Plaza tol sistem terbuka ialah plaza tol dengan pembayaran tetap. Manakala plaza tol sistem tertutup mengenakan bayaran mengikut jarak perjalanan pengguna, di mana bayaran dibuat semasa keluar dari lebuhraya tersebut.



Penggunaan sistem RFID TNG membolehkan pengguna memilih pembayaran menerusi akaun bank, kad debit/kredit atau eWallet Touch n Go. Transaksi pembayaran akan dibuat secara masa nyata, di mana pengguna lebuhraya akan menerima notifikasi baki secara terus. Sistem pembayaran terbuka ini akan dilaksanakan ke semua plaza tol di masa akan datang.

Sumber: The Edge

Tags: cimbplusrfidTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

RFID TNG akan dilaksanakan di semua lebuhraya PLUS bermula Januari 2020

11 November 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN