• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Huawei

Jalani Kehidupan Serba Pintar Dengan Produk Smart Life Huawei

  • OLEH Penaja
  • 12:18 am
  • 12/11/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Huawei

Produk-produk dalam ekosistem Huawei miliki sinergistik antara satu sama lain. Ia memudahkan kehidupan apabila setiap satunya hadir dengan ciri-ciri tersendiri dan melengkapi antara satu sama lain.



Dalam banyak-banyak produk Smart Life yang ditawarkan Huawei, semuanya miliki objektif yang sama, iaitu memudahkan kehidupan anda. Ini adalah sebahagian kecil manfaat yang bakal anda beroleh daripada produk Smart Life Huawei.

Hapuskan titik buta Internet di rumah anda

Huawei Q2 Pro menyelaputi rumah anda dengan rangkaian Internet yang utuh. Dengan kombinasi ciri pemilihan dwijalur, perayauan mudah dan pengoptimuman saluran, anda tak perlu risau bahagian rumah yang tidak menerima sambungan Internet.



Pada router konvesional, port LAN dan WAN ditanda dengan jelas dan perlu diikuti. Tapi pada produk Huawei ini, anda tak perlu tahu pun yang mana satu port LAN sebab ia dengan automatiknya boleh mengesan anda ingin gunakankan sebagai WAN ataupun sebaliknya.

Perpindahan fail semudah satu sentuhan

Huawei MateBook 13 dilengkapi fungsi NFC. Menggunakan ciri sama yang ada pada Mate 30 Pro, anda boleh lakukan perpindahan fail dengan mudahnya menggunakan Huawei Share. Hanya sentuh telefon pada laptop dan mula pindahkan 1GB fail dalam masa 35 saat sahaja.

Bukan itu saja, Mate 30 Pro adalah telefon yang pertama tawarkan kolaborasi multipaparan. Menggunakan ciri ini, telefon dan komputer berkerjasama secara seamless untuk licinkan kerja anda. Contohnya, kandungan seperti video dan audio boleh ditarik keluar daripada telefon terus daripada komputer tanpa perlu lakukan proses perpindahan yang merenyahkan.

https://youtu.be/gC_S6TYL-34

Komunikasi lebih cekap dan jelas

Huawei Freebuds 3 dilancarkan bersama-sama Mate 30 Pro. Ia adalah TWS jenis open-fit pertama dunia yang dilengkapi dengan penyaring hingar aktif. Ia boleh menuras hingar sehingga 15dB untuk berikan pengalaman audio tanpa gangguan.

Perkara itu dicapai dengan cara menganalisis frekuensi hingar disekelilingnya dan menjana frekuensi yang berlawanan untuk meneutralkan bunyi yang tak diingini. Ia juga cukup pintar untuk kenal pasti suara anda dan mengaktifkan pembantu maya Smart Assistant.

Huawei Freebuds 3 miliki 4 jam waktu penggunaan dengan satu pengecasan penuh. Bekas penyimpannya turut mengandungi bateri yang boleh berikan tambahan sehingga 20 jam lamanya. Selain dicas menggunakan kabel USB-C ia urut menyokong pengecasan wayarles Qi dan boleh memanfaatkan fungsi Reverse Wireless Charging pada Mate 30 Pro.

Produk yang peka dengan kebajikan anda

MateBook 13 dilengkapi dengan mode Eye Comfort. Bergantung pada cahaya persekitaran, paparan laptop akan disuaikan keseimbangan putih serta tona warna agar mata anda kekal selesa sewaktu bekerja.

Watch GT 2 pula akan mengingatkan anda supaya berdiri dan lakukan senaman ringan daripada masa ke masa. Ia penting sekiranya anda terlalu fokus terhadap kerja sehingga lupakan masa yang sedang berjalan.

Sekiranya anda gunakan Watch GT 2 untuk bersenam, anda boleh rekod dan kongsikan trek joging anda dengan rakan-rakan. Jadi, untuk sesi yang seterusnya, anda ada seseorang untuk lakukan aktiviti bersama-sama.

Kelebihan utama Watch GT 2 adalah hayat bateri yang panjang. Walaupun ada paparan berwarna yang terang daripada panel AMOLED, ia miliki hayat bateri sehingga 14 hari lamanya. Lebih menarik, ia dilengkapi speaker dan mikrofon untuk digunakan menjawab panggilan ataupun mendegar muzik yang tersimpan didalam ruang storan seluas 4GB-nya.

Jadi pengguna bijak, pilihlah produk Smart Life Huawei

Tak kira apa keperluan anda, besar kemungkinan Huawei ada penyelesaiannya. Mereka ada telefon, laptop, jam tangan, kaca mata, headfon, malah produk perangkaian Internet.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki salah satu ataupun semua produk yang dinyatakan dalam artikel ini, anda boleh pergi ke kedai dalam talian Huawei.Ketahui lebih lanjut tentang ekosistem Huawei di laman rasmi ataupun di mana-mana saluran media sosial mereka.

Tags: Huawei
Penaja

Penaja

POPULAR

Jalani Kehidupan Serba Pintar Dengan Produk Smart Life Huawei

12 November 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER