• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A9 2020 akan hadir dengan perisa Vanilla Mint

  • OLEH Najib
  • 7:38 pm
  • 15/11/2019
  • Komen
Oppo A9 2020 akan hadir dengan perisa Vanilla Mint
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk telefon pintar A9 2020. Warna ini diberi nama Vanilla Mint, memaparkan efek gradien seperti aiskrim gandingan warna ungu dan hijau.

Warna baru A9 2020 ini akan dibuka tempahan awalnya dari 21 hingga 27 November 2019. Hadiah percuma disediakan untuk tempahan awal ini berupa jaminan skrin selama setahun serta peluang memenangi baucer aiskrim Baskin Robbins.



Oppo A9 2020 dijual di Malaysia pada harga RM1,199. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 665, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya sangat, 5,000mAh tetapi tidak memiliki pengecasan pantas. Skrinnya pula berukuran 6.5-inci bertakuk kecil dengan resolusi hanya HD 720p.

Antara tarikan Oppo A9 2020 ialah empat kamera belakangnya iaitu kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan 2 kamera potret 2MP. Kamera hadapan di dalam takuk pula menggunakan sensor 13MP F2.0.



Seperkara lagi, telefon ini juga memiliki pembesar suara stereo sebenar yang dikuasakan teknologi Dolby Atmos. Ia juga memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim nano dan kad mikroSD serentak.

Jangan lupa untuk membuat tempahan awal A9 2020 ini bermula 21 November nanti jika anda berminat untuk memiliki warna unik telefon ini.

Tags: oppooppo a9 2020
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Oppo A9 2020 akan hadir dengan perisa Vanilla Mint

Oppo A9 2020 akan hadir dengan perisa Vanilla Mint

15 November 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN