• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GrabMart, perkhidmatan terbaru di aplikasi super Grab

  • OLEH Najib
  • 8:00 pm
  • 18/11/2019
  • Komen
GrabMart, perkhidmatan terbaru di aplikasi super Grab
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula dengan perkhidmatan berkongsi kenderaan, Grab telah meluaskan perkhidmatan mereka kepada penghantaran barangan, makanan serta eWallet GrabPay. Hari ini Grab mengumumkan satu lagi projek baru mereka yang dipanggil GrabMart.

Perkhidmatan GrabMart kini dilancarkan dalam edisi Beta dan boleh digunakan bermula hari ini, 18 November 2019. Ia adalah khidmat penghantaran barangan harian atas permintaan. Pengguna Grab boleh menggunakan GrabMart untuk memesan barangan harian di rumah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, produk kecantikan, alat tulis dan bermacam lagi.



Untuk permulaan ini, antara kedai yang terlibat di dalam GrabMart ialah Guardian, Caring, MyNews, MBG, MPH, BIG Pharmacy, Kiara Supermarket dan Utama Florist. Pembayaran boleh dibuat menggunakan GrabPay dan caj penghantaran dikenakan antara RM5 ke RM9, bergantung kepada jarak destinasi.

Dalam ujian beta ini, GrabMart akan menyediakan perkhidmatannya di lokasi berikut:



  • Damansara Uptown and Bandar Utama
  • TTDI
  • Kota Damansara and Mutiara Damansara
  • Mont Kiara and Hartamas

Pejabat kami di Seksyen 14, Petaling Jaya juga boleh menggunakan GrabMart, walaupun tidak disenaraikan di lokasi di atas.

Untuk menggunakan GrabMart, pengguna boleh membuka aplikasi Grab dan pilih Food. Kemudian tekan pada ikon Mart (Beta) di bawah banner utama.

Jika anda dapat menggunakannya, anda mungkin berhadapan beberapa masalah kerana ia masih di peringkat ujian Beta. Tetapi anda boleh cuba menggunakannya dan memberi maklum balas kepada Grab untuk diperbaiki.

Tags: GrabGrabMart
Najib

Najib

POPULAR

GrabMart, perkhidmatan terbaru di aplikasi super Grab

GrabMart, perkhidmatan terbaru di aplikasi super Grab

18 November 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN