• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar di Malaysia boleh melanggan Youtube Premium dan Music dengan lebih murah

  • OLEH Najib
  • 8:46 am
  • 18/11/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Langganan YouTube Premium dan YouTube Music telah tiba di Malaysia minggu lepas. Ia menawarkan pengalaman menikmati kandungan tanpa iklan dari RM17.90/bulan untuk YouTube Premium dan dari RM14.90/bulan bagi YouTube Music.

Jika anda seorang pelajar di institusi pengajian tinggi, anda boleh melanggan tawaran ini pada harga lebih rendah dengan penjimatan sehingga RM8/bulan.



Untuk YouTube Music, pelan bagi pelajar ditawarkan pada RM6.90/bulan sahaja. Harga ini sama dengan Apple Music untuk pelajar dan separuh harga dari kadar asal. Tetapi pengesahan diri pelajar perlu dibuat setiap tahun menerusi SheerID. Untuk bantuan pengesahan, boleh menghubungi mereka di alamat [email protected] .

Selain tiada iklan semasa mendengar lagu, akaun berbayar juga membenarkan lagu dimuat turun untuk dimainkan tanpa sambungan internet serta boleh terus dimainkan apabila skrin telefon dipadamkan.



Bagi pengalaman terbaik, YouTube Premium menawarkan akses bukan sahaja kepada YouTube Videos tetapi juga pengalaman yang sama untuk YouTube Music. Bagi pelajar, harga langganan turut kepada RM10.90/bulan iaitu RM7 lebih rendah dari biasa.

Langganan YouTube Premium turut memberi akses berbayar kepada YouTube Music. Bermakna, hanya tambah RM4 anda boleh menikmati kedua-dua YouTube Video dan Music tanpa gangguan iklan. Langganan ini juga dipautkan kepada akaun YouTube pengguna, jadi tidak kira diakses di peranti mana, ia tetap boleh digunakan dengan akaun yang sama.

Untuk melanggan pelan pelajar ini, boleh layari laman web YouTube Music for students dan juga laman web YouTube Premium for Students. Jika ini kali pertama anda ingin melanggan, anda juga berpeluang mendapatkan tempoh percubaan percuma selama sebulan.

Sumber: AndroidPolice

Tags: YouTubeYouTube MusicYouTube Premium
Najib

Najib

POPULAR

Pelajar di Malaysia boleh melanggan Youtube Premium dan Music dengan lebih murah

18 November 2019
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN