• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Spotify kembali menawarkan langganan Premium pada harga promosi

  • OLEH Najib
  • 9:16 am
  • 20/11/2019
  • Komen
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify kini kembali membuat tawaran musim cuti hujung tahun di mana orang ramai boleh mendapatkan 3 bulan Spotify Premium dengan harga RM14.90 sahaja. Harga ini diberikan untuk pelanggan baru atau pelanggan Spotify percuma yang tidak pernah mencuba langganan Premium.

Spotify juga menawarkan langganan menerusi pembayaran bil telco. Ia disediakan untuk pengguna Maxis, Digi atau Celcom sahaja. Pengguna yang mahu menggunakan cara pembayaran ini, ditawarkan dengan kadar RM15.90 untuk 3 bulan pertama. Selepas tamat 3 bulan ini, pengguna akan dicaj RM15.90 menerusi bil telco. Seperti tadi, tawaran ini untuk pengguna yang tidak pernah mencuba langganan premium sahaja.



Bagi pengguna Spotify Premium sedia ada, anda boleh menukar langganan kepada bayaran bil telco dan melanggan secara mingguan, bulanan atau setiap 3 bulan. Kadar untuk 1 minggu ialah RM4.90 manakala kadar bulanan RM15.90. Bagi 3 bulan, caj yang dikenakan ialah RM47.70.

Jika anda pernah mencuba Spotify Premium dan telah menghentikan langganannya, Spotify juga ada tawaran untuk menarik anda kembali. Bayar hanya RM14.90 untuk bulan pertama dan dua bulan selepasnya adalah percuma. Bermakna, bayar 1 bulan terima 3 bulan Spotify Premium.



Semua tawaran hujung tahun Spotify ini diberikan sehingga 1 Januari 2020 sahaja.

Jika berminat, anda boleh mendapatkan tawaran ini menerusi laman Spotify Premium. Dengan akaun premium, pengguna boleh menikmati 50 juta lagu yang boleh didapati atas permintaan dan tanpa iklan. Selain itu, pengguna premium juga boleh memuat turun lagu agar boleh dimainkan di luar talian, serta melangkau lagu tanpa had.

Tags: Spotify
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan

Spotify kembali menawarkan langganan Premium pada harga promosi

20 November 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN