• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom dan Maxis tandatangani Mou, setuju berkongsi infrastruktur

  • OLEH Najib
  • 2:23 pm
  • 25/11/2019
  • Komen
Celcom dan Maxis tandatangani Mou, setuju berkongsi infrastruktur
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom dan Maxis adalah dua rangkaian telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Kedua-dua syarikat ini hari ini mengumumkan kerjasama perkongsian infrastruktur 5G bagi mempercepatkan akses kepada pengguna. Sehubungan itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh keduanya bagi mengikat kerjasama ini.

Menandatangani MoU bagi pihak Celcom ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Idham Nawawi, dan Ketua Strategi dan Pegawai Penciptaan Nilai, Muniff Kamaruddin. Sementara itu, Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut, dan Ketua Teknologi dan Pegawai Informasi Morten Bangsgaard.



Dari kiri: Muniff Kamaruddin, Idham Nawawi, Gokhan Ogut dan Morten Bangsgaard

MoU ini akan menerokai potensi kerjasama bagi penggunaan infrastruktur 5G Malaysia yang cekap, seterusnya menyokong pembangunan ekosistem digital negara. Kerjasama tersebut juga akan membolehkan kedua-dua syarikat telekomunikasi tersebut menerokai peluang perniagaan dalam bidang strategik utama 5G, bagi menyampaikan inovasi 5G yang terbaik untuk memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, sebaik sahaja spektrum yang diperlukan tersedia.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom berkata, “Kami percaya bahawa kolaborasi adalah penting untuk industri melangkah ke hadapan, dan kerjasama dengan Maxis untuk menerokai pengunaan 5G yang lebih teratur di Malaysia adalah sesuatu yang mengujakan. 5G adalah evolusi seterusnya yang akan mengubah cara kita bekerja, hidup dan bermain. Ia akan membolehkan pengalaman pengguna yang lebih baik serta mewujudkan peluang-peluang baru untuk pengguna, pelajar, Kerajaan dan juga perniagaan. Potensi kerjasama kami akan membuka jalan bagi penyampaian rangkaian 5G bertaraf dunia di samping rangkaian 4G dan 3G/2G yang sedia ada, kepada setiap rakyat Malaysia, seterusnya menyerlahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar digital dalam era IR4.0.”



Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis pula menyatakan, “Kami mengalu-alukan idea untuk bekerjasama dengan Celcom untuk perkongsian rangkaian 5G. Buat masa ini, kami sudahpun berkongsi menara, fiber dan bekerjasama dalam menyediakan kesalinghubungan untuk kawasan luar bandar dan projek USP. Ini membantu kami menjimatkan sumber dan mempercepatkan pelancaran. Manakala dengan perkongsian rangkaian 5G ini pula, ia memberi peluang kepada kami untuk memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan kami. Kerjasama industri seperti ini penting dalam menyokong cita-cita Malaysia dalam memacu ekonomi digital.”

Kerjasama antara Maxis dan Celcom ini menyokong matlamat Malaysia dalam memacu ekonomi dan ekosistem digital, membawa penjimatan kos yang signifikan serta kecekapan keseluruhan bagi kedua-dua pihak, yang akan membolehkan pelancaran 5G yang lebih pantas dan pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna dan perniagaan pada masa depan yang terdekat ini.

Celcom dan Maxis telahpun memulakan perjalanan 5G mereka lebih daripada dua tahun lalu. Pada tahun ini kedua-dua syarikat telah meningkatkan percubaan 5G secara langsung dengan rakan-rakan kongsi, mengambil bahagian dalam pameran 5G untuk meningkatkan kesedaran tentang rangkaian 5G kepada orang ramai, dan bekerjasama dengan rakan teknologi untuk mempercepatkan penggunaan 5G di Malaysia.

Tags: 5gcelcommaxis
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Celcom dan Maxis tandatangani Mou, setuju berkongsi infrastruktur

Celcom dan Maxis tandatangani Mou, setuju berkongsi infrastruktur

25 November 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN