• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft terima kebenaran untuk menjual semula perisian kepada Huawei

  • OLEH Najib
  • 10:06 am
  • 25/11/2019
  • Komen
Matebook X Pro Mahakarya Huawei Dengan Engsel Sejari
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula minggu lepas, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) telah mula mengeluarkan lesen kebenaran kepada syarikat di AS untuk berurusan dengan Huawei. Ia merupakan langkah pertama AS memberi kebenaran selepas meletakkan Huawei dalam senarai hitam yang melarang mana-mana syarikat di AS dari berurusan dengan Huawei.

Salah satu syarikat terawal yang menerima kebenaran ini ialah Microsoft. Microsoft menyatakan, “Jabatan Perdagangan AS telah memberikan lesen kepada permintaan Microsoft untuk mengeksport perisian pasaran-massa kepada Huawei. Microsoft sangat menghargai kebenaran yang diberikan.”



Laporan media bagaimanapun mengatakan, mereka masih tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan pasaran-massa. Malah, Microsoft juga tidak memberi maklum balas terhadap soalan ini. Secara ringkas, Microsoft menjual perisian seperti Windows dan Office kepada Huawei, serta penyelesaian peringkat pelayan seperti Azure.

Dengan kebenaran ini, Huawei boleh kembali menjual laptop mereka bersama Windows dan Office, serta pelayan menggunakan Azure. Sekatan terhadap Huawei sebelum ini telah membuatkan mereka menangguhkan pelancaran laptop baru yang dikuasakan Windows pada bulan Jun lepas. Malah, Microsoft telah berhenti menjual laptop Huawei di laman web mereka buat sementara waktu, sebelum kembali menyenaraikannnya.



Kita pasti boleh melihat Huawei melancarkan laptop mereka tidak lama lagi. Paling penting, kita berharap permohonan Google juga diluluskan segera oleh Jabatan Perdangangan AS agar kita boleh kembali menggunakan Google Mobile Services (GMS) di telefon pintar baru keluaran Huawei dan Honor.

Sumber: The Verge, Bloomberg

Tags: donald trumpHuaweiMicrosoft
Najib

Najib

POPULAR

Matebook X Pro Mahakarya Huawei Dengan Engsel Sejari

Microsoft terima kebenaran untuk menjual semula perisian kepada Huawei

25 November 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN