• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Tangan Baru Honor MagicWatch 2 Sesuai Untuk Kegunaan Kasual Dan Beraktiviti

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:06 pm
  • 26/11/2019
  • Komen
Jam Tangan Baru Honor MagicWatch 2 Sesuai Untuk Kegunaan Kasual Dan Beraktiviti
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat jenama Honor, ada berita baik. Honor telah melancarkan jam tangan kecergasan terbaru mereka yang diberi nama MagicWatch 2. Seperti biasa, sudah tentulah MagicWatch 2 ada kembarnya di Huawei dan ia ialah Huawei Watch GT 2. Kedua-dua produk miliki specs yang serupa 100% kecuali pada fizikaliti yang sedikit saja lainnya.

Honor MagicWatch 2 46mm (kiri) dan 42mm (kanan)

Honor MagicWatch 2 hadir dalam dua saiz, satu 46mm dan satu lagi 42mm. Varian yang lebih besar ada paparan 1.39″ AMOLED beresolusi 454×454 manakala varian 42mm diberikan paparan 1.20″ AMOLED 390×390. Sensor-sensor pinyar yang boleh anda temui padanya adalah seperti geosatelit, akselerometer, giroskop, geomagnetik, pengimbas nadi optikal, dan barometer.



Honor MagicWatch 2 46mm (kiri) dan 42mm (kanan)

Disebabkan perbezaan saiz, kapasiti bateri antara kedua-duanya juga berbeza. Versi 46mm boleh berfungsi selama 14 hari dengan satu isian penuh tetapi versi 42mm miliki hayat bateri 50% lebih kurang daripada itu. Namun, ia masih bergantung kepada gaya penggunaannya.

Menariknya dengan jam tangan ini adalah ia ada speaker dan mikrofon. Jadi, anda boleh jawab panggilan telefon terus daripada jam tangan apabila ia ditambat pada telefon menerusi sambungan Bluetooth. Bukan setakat itu, ia turut boleh menelefon nombor yang sudah anda tetapkan pada telefon.



MagicWatch 2 akan mula dijual di Malaysia bermula 12 Disember 2019 pada harga seperti berikut:

  • MagicWatch 2 (gelang getah) – CNY 1,199 (RM 713)
  • MagicWatch 2 (gelang kulit) – CNY 1,399 (RM 831)
  • MagicWatch 2 (gelang getah) – CNY 1,099 (RM 653)
  • MagicWatch 2 (gelang kulit) – CNY 1,399 (RM 831)
Tags: honorhonor magicwatch 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jam Tangan Baru Honor MagicWatch 2 Sesuai Untuk Kegunaan Kasual Dan Beraktiviti

Jam Tangan Baru Honor MagicWatch 2 Sesuai Untuk Kegunaan Kasual Dan Beraktiviti

26 November 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN