• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Kongsi Rahsia Night Sight Di Telefon Pixel

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:03 pm
  • 28/11/2019
  • Komen
Google Kongsi Rahsia Night Sight Di Telefon Pixel
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam fotografi, tiada cahaya bermakna tiada gambar. Sejak berkurun lamanya cabaran dalam bidang fotografi adalah amaun cahaya yang terhad. Penyelesaian sedia ada adalah seperti:

  • bukaan apertur yang lebih luas
  • tempoh dedahan (exposure) yang lebih panjang
  • kepekaan filem yang lebih tinggi
Google Pixel dan Huawei Mate adalah antara nama besar dalam fotografi low-light untuk telefon pintar

Kesemua solusi itu tidak praktikal kepada kamera di telefon pintar sebab mereka tidak miliki bukaan apertur sebesar kamera dedikasi, tiada siapa yang bawa tripod kehulu-kehilir untuk dedahan yang panjang, dan saiz sensor yang kerdil menghasilkan hingar terlalu tinggi pada gambar bila kepekaan sensor dilipatgandakan.



Masalah moden perlukan solusi moden. Maka mereka di Google telah menamakan kaedah menangkap gambar dalam gelap hasilan mereka sebagai Night Sight. Fungsi ini diperkenal kepada barisan telefon Pixel sekitar bulan November 2018 yang lalu.

Night Sight mengatasi cabaran mengambil gambar dalam keadaan kelam menggunakan algoritma pengkomputeran yang kompleks. Dengan Night Sight, anda boleh dapatkan hasil gambar yang cantik walaupun dalam keadaan pencahayaan serendah 0.3 Lux. Untuk perspektif, cahaya bulan penuh yang jatuh ke bumi semasa langit cerah miliki tahap kecerahan sebegitu.



Secara ringkasnya, semasa anda menekan butang shutter pada APP GCam anda, ada empat proses berjalan serentak iaitu:

  1. Menilai pergerakkan secara masa nyata – menggunakan giroskop terbina, kamera akan rekodkan gegeran telefon relatif kepada paksi untuk tentukan exposure paling lama yang boleh digunakan. Jika anda gunakan tripod pada Pixel, Night Sight akan arahkan kamera untuk panjangkan tempoh dedahan.
  2. Menyusun suai gambar lapis demi lapis – Menggunakan data daripada giroskop, kamera akan lapiskan gambar burst yang diambil (antara 6 keping hingga 13 keping) secara sejajar
  3. Menetapkan white balance – dalam keadaan kelam, semuanya nampak monokrom. Maklumat daripada machine learning digunakan untuk memberi warna pada setiap piksel
  4. Pemetaan tona khas – sebelum mempamerkan hasil gambar kepada anda, imej akan disunting sedikit supaya walaupun cerah, ia tidak terlalu fake.

Anda boleh baca kertas kajian ciri Night Sight dalam GCam di sini. Bila anda ambil gambar malam selepas ini, ketahuilah yang bukan mudah untuk bangunkan ciri ini.

Sumber: Google

Tags: Googlegoogle pixelNight Sight
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Google Kongsi Rahsia Night Sight Di Telefon Pixel

Google Kongsi Rahsia Night Sight Di Telefon Pixel

28 November 2019
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER