• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter mahu buang akaun tidak aktif tetapi terpaksa menangguhkan

  • OLEH Najib
  • 9:38 am
  • 28/11/2019
  • Komen
Twitter mahu buang akaun tidak aktif tetapi terpaksa menangguhkan
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter sebelum ini telah menghantar emel kepada pemilik akaun yang tidak aktif dengan amaran:

Daftar masuk sebelum 11 Disember atau akaun anda akan menjadi sejarah dan username akan dibuka untuk pendaftaran semula. Mana-mana akaun yang tidak didaftar masuk lebih dari 6 bulan akan menerima notis ini.

Menurut Twitter, ini adalah langkah pro-aktif mereka bagi menggalakkan pengguna sentiasa mendaftar masuk dan menggunakan twitter. Selain itu, ia juga sebahagian dari komitmen untuk memastikan maklumat tepat dan terkini dari akaun yang dipercayai sahaja di twitter.



Seperti amaran di atas menyebut, pengguna hanya perlu mendaftar masuk untuk memastikan akaun aktif. Tidak perlu menghantar ciapan, hanya daftar masuk. Ambil maklum juga bahawa Twitter tidak lagi membenarkan username kurang dari lima karakter didaftarkan.

Tetapi kini Twitter meminta maaf kerana mereka terpaksa menangguhkan langkah membuang akaun tidak aktif. Ia akan dilakukan semula selepas mereka menemui cara untuk mengekalkan akaun pengguna yang telah meninggal dunia. Langkah ini boleh dilihat telah dilakukan oleh Facebook di mana mereka menyediakan cara untuk pengguna akaun diingati selepas pemilik akaun meninggal dunia.



We’ve heard your feedback about our effort to delete inactive accounts and want to respond and clarify. Here’s what’s happening:

— Support (@Support) November 27, 2019

We’ve heard you on the impact that this would have on the accounts of the deceased. This was a miss on our part. We will not be removing any inactive accounts until we create a new way for people to memorialize accounts.

— Support (@Support) November 27, 2019

We apologize for the confusion and concerns we caused and will keep you posted.

— Support (@Support) November 27, 2019

Penangguhan ini terpaksa dibuat selepas ramai orang menyuarakan pendapat mereka tentang kemungkinan hilangnya akses ke akaun lama miliki rakan, sahabat, keluarga, artis dan lain-lain orang yang diikuti sejak sekian lama tetapi sudah meninggal dunia.

Selepas Twitter menemui cara untuk mengekalkan akaun mereka yang telah meninggal dunia, mereka akan kembali melaksanakan langkah membuang akaun tidak aktif. Adakah mana-mana username yang menjadi ssasaran anda untuk didaftarkan, apabila ia dibuang kerana lama tidak aktif?

Sumber: The Verge

Tags: Twitter
Najib

Najib

POPULAR

Twitter mahu buang akaun tidak aktif tetapi terpaksa menangguhkan

Twitter mahu buang akaun tidak aktif tetapi terpaksa menangguhkan

28 November 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN