• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Huawei

Masukkan Produk HUAWEI Smart Life Berikut Dalam Senarai Hadiah Hari Krismas Anda

  • OLEH Penaja
  • 10:49 am
  • 30/11/2019
  • Komen
Masukkan Produk HUAWEI Smart Life Berikut Dalam Senarai Hadiah Hari Krismas Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh Huawei

Menjelangnya bulan Disember maka rancaklah aktiviti beli-belah kebanyakkan dariapda kita. Ada dua benda besar yang bakal berlaku dalam bulan ini, satu karnival 12.12 dan satu lagi hari Krismas. Tak kiralah anda ingin menghadiahi diri sendiri ataupun kepada rakan taulan, sudah tentu perancangan yang rapi harus dilakukan, contohnya menyediakan senarai barang yang ingin dibeli.

Sedang anda menyediakan senarai tersebut, ada baiknya jika anda masukkan beberapa produk HUAWEI Smart Life ke dalamnya.

HUAWEI Mate 30 Series

Flagship 2019 daripada kali ini dilengkapi SoC Kirin 990 yang paling berkuasa daripada ketuhar Kirin setakat ini. Tak perlu pertikaikan lagi prestasi yang mampu dipamerkan pada anda ketika menggunakannya.

Paparan 6.53″ ultralengkung memastikan pengalaman multimedia yang menyeluruh tanpa diganggu bingkai hitam. Untuk tahap keselamatan, sistem pengecaman biometrik telah dipertingkat untuk kepantasan nyahkunci lebih baik serta risiko ralat yang minimum.

Sistem operasi EMUI 10 yang dijalankan siri Mate 30 dilengkapi fungsi AI gesture. Menerusinya, anda boleh lakukan kawalan terhadap telefon tanpa menyentuhnya.

Ber-gaming menggunakan Mate 30? Usah risau akan haba kerana ia miliki sistem kawal selia haba menggunakan filem graphene.

HUAWEI X Gentle Monster

Walaupun nampak seperti cermin mata biasa, ia ada speaker di kedua-dua pelipis uyang boleh digunakan untuk mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon. Berhampiran dengan speaker ada permukaan peka sentuhan. Maka, anda tak perlukan lakukan sentuhan terus pada telefon, sebaliknya perbuatan seperti memulakan perbualan telefon ataupun melangkau lagu boleh dilakuakn terus pada cermin mata.

Ada beberapa manfaat yang boleh anda peroleh ketika memakainya. Semasa bermain permainan video, sebarang panggilan masuk boleh dijawab terus tanpa perlu memberhentikan permainan. Ia juga cukup pintar untuk menghentikan muzik sejurus ia mengesan anda membuka cermin mata dan memulakan semula muzik apabila anda kembali memakainya.

HUAWEI Freebuds 3

Earbuds TWS ini adalah yang pertama dunia dengan sistem penyaring hingar aktif dalam kategori open bag. Kelebihan produk audio yang ada penyaring hingar aktif adalah ia menghilangkan terus bunyi keliling yang tidak diingini agar perbualan telefon dan mendengar muzik jadi lebih jelas dan nyata.

Dengan satu bateri penuh, ia boleh beroperasi selama 4 jam tapi anda jangan terkejut yang bekas penyimpanannya turut mengandungi bateri. Ia menyumbang kepada 20 jam tambahan kepada tempoh operasi.

Ia diperkasa cip Kirin A1 hasilan sendiri HUAWEI. Kelebihan menggunakan cip ini adalah ia meminimumkan latensi ke tahap sangat rendah. Jadi, anda akan merasakan memakai earbuds jenis kabel walaupun sebenearnya ia adalah wayarles.

Banyak lagi Produk Huawei Smart Life yang boleh anda pertimbangkan

Kesemua barisan Smart Life daripada Huawei bersinergistik antara satu sama lain. Siri Mate 30 sebagai penyelia kepada aksesori-aksesori seperti Watch GT2, Huawei x Gentle Monster, Freebuds 3 dan sebagainya.

Anda boleh lakukan banyak perkara-perkara menarik seperit memantau tahap kesihatan, menyalaputi rumah dengan sambungan Wi-Fi, mendengar muzik dengan aksesori audio yang miliki sistem penyaring hingar aktif, dan sebagainya. Semuanya akan mempermudah kehidupan anda seharian.

Siri Mate 30 anda boleh dapatkan pada harga bermula RM2,799. Untuk bergaya dengan kaca mata Huawei x Gentle Monster, ia dijual apda harga RM1,599 manakala Freebuds 3 boleh didapati pada harga RM679.

Sekiranya anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang semua produk yang berada dalam keluarga Smart Life, anda boleh pergi ke kedai dalam talian Huawei.

Jangan lupa untuk singgah ke saluran media sosial rasmi mereka untuk berita-berita terkini tentang Huawei.

Tags: Huaweipenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Masukkan Produk HUAWEI Smart Life Berikut Dalam Senarai Hadiah Hari Krismas Anda

Masukkan Produk HUAWEI Smart Life Berikut Dalam Senarai Hadiah Hari Krismas Anda

30 November 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER