• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

E-scooter Tryke diperkenal di Cyberjaya dan akan tiba di UPM & UIAM tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 8:23 pm
  • 02/12/2019
  • Komen
E-scooter Tryke diperkenal di Cyberjaya dan akan tiba di UPM & UIAM tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Skuter elektrik (e-scooter) Tryke kini telah diperkenalkan di bandar pintar Cyberjaya, Selangor. Perkhidmatan ini disediakan oleh syraikat Malaysia, Tryke Transportation Sdn Bhd. Ia merupakan lokasi kedua selepas Iskandar Puteri di Johor dan akan diperluaskan lagi di Lembah Klang dan seluruh Malaysia.

Cyberjaya dipilih kerana kelengkapan infrastrukturnya serta komuniti muda yang sering menjadi pengguna terawal teknologi baru. Ia juga sebahagian dari usaha Cyberview untuk menjadikan Cyberjaya sebagai pandar pintar utama di Malaysia.



E-scooter Tryke akan disediakan di beberapa lokasi utama di Cyberjaya seperti Cyberview, Cybersquare, Shaftsbury Square, Centrus Mall, DPulze shopping Mall, Tune Hotel DPulze, SME Technopreneur Centre dan banyak lagi.

Untuk mula menggunakannya, pengguna akan dicaj RM1 sebagai yuran membuka kunci, dengan kadar RM0.30 setiap minit penggunaan sehingga ia dipulangkan semula ke stesennya. Pengguna juga boleh mendapatkan pas tanpa had harian, mingguan dan bulanan pada kadar RM9.99 sehari, RM39 seminggu dan RM99 sebulan.



Dibuat dari aluminium, e-scooter Tryke memiliki berat hanya 14kg dan boleh bergerak sejauh 40 kilometer dengan kelajuan 25km/j. Ia merupakan pengangkutan jarak dekat termurah, terpantas dan paling bersih untuk penggunaan di bawah 5km.

Bagi memastikan keselamatan pengguna dan orang ramai di jalan, Tryke menggalakkan pengguna untuk menggunakan laluan pejalan kaki dan basikal sahaja. Ikuti undang-undang trafik yang ditetapkan dan bergerak dalam kelajuan yang selamat.

Tryke juga akan menggunakan penjejak masa nyata serta teknologi geofencing untuk mengesan penggunaan e-scooter. Pengguna yang membawa keluar e-scooter dari kawasan yang dibenarkan akan mengaktifkan penggera dan mengehadkan kelajuan secara mendadak. Pengguna juga akan menerima notis di dalam aplikasi untuk memastikan mereka memulangkannya ke stesen berhampiran dengan segera.

Tryke merancang untuk menyediakan perkhidmatan e-scooter mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam masa terdekat. Operasi di UPM serta UIAM sudah diluluskan dan kini dalam proses menempatkannya di sana. TRYKE bercadang menempatkan sekurang-kurangnya 100 unit e-skuter di setiap lokasi bermula tahun depan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan lokasi stesen, masa penggunaan dan lain-lain berkenaan e-scooter Tryke, boleh layari laman web www.tryke.co. Muat turun aplikasi Tryke di Apple Appstore dan Google Playstore untuk mula menggunakan perkhidmatan e-scooter Tryke.

Tags: e-scooterTryke
Najib

Najib

POPULAR

E-scooter Tryke diperkenal di Cyberjaya dan akan tiba di UPM & UIAM tidak lama lagi

E-scooter Tryke diperkenal di Cyberjaya dan akan tiba di UPM & UIAM tidak lama lagi

2 December 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN