• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM mahu bina rangkaian 5G SA pertama di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 02/12/2019
  • Komen
TM mahu bina rangkaian 5G SA pertama di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia menyertai Projek Demonstrasi 5G yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diadakan baru-baru ini di Subang Jaya. Ujian 5G ini diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan membuat ujian Lampu trafik Pintar serta Parkir Pintar.

Lokasi ujian 5G TM yang seterusnya ialah di Langkawi, mensasarkan untuk menguji lebih banyak penyelesaian 5G di sana. Perkhidmatan 5G di Langkawi dijangka memulakan siaran pada 5 Disember 2019. Di samping itu, TM juga mahu memperkenalkan rangkaian 5G Stand Alone (SA) yang pertama di Malaysia.



Sumber yang dekat dengan perkara ini menyatakan, TM mahu menggunakan rangkaian 5G SA dalam demonstrasi kali ini kerana ia adalah penting untuk mempercepatkan penggunaan 5G di Malaysia. Ia juga penting untuk TM menguji pelbagai fungsi 5G dan menerokai sistem teknologi dan cara meluaskan pemasangan rangkaian 5G ke seluruh negara.

Di samping itu, TM juga mahu menguji teras 5G konvergen yang membenarkan rangkaian 5G Stand Alone (SA) dan Non Stand Alone (NSA) untuk wujud bersama dalam satu platform. Malah, TM juga akan menguji fungsi Perkongsian Spektrum Dinamik yang membenarkan spektrum yang sama, dikongsi secara dinamik untuk menyokong pelbagai jalur spektrum serentak.



Sebagai pemilik rangkaian fiber terluas, termasuk kabel bawah laut, menara telekomunikasi, pengkomputeran di awan serta Pusat Data, TM mahu menyediakan infrastruktur yang efisyen dan kos efektif dan boleh dikongsi, menurut peraturan akses yang ditetapkan SKMM.

Selain bersedia membangunkan rangkaian 5G, TM juga sedang membina dan menguji pelbagai perkakas berkaitan 5G menerusi anak syarikat TM Research & Development, untuk bersedia menghadapi kedatangan 5G.

Menerusi langkah sebegini, ia boleh mengurangkan pertindihan rangkaian sekaligus mengurangkan kos dan boleh memberikan kadar yang lebih murah buat pengguna dan pelanggan. Dalam hal ini, TM memaklumkan mereka sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat telekomunikasi lain sepanjang projek demonstrasi ini berjalan.

Tags: 5gTM
Najib

Najib

POPULAR

TM mahu bina rangkaian 5G SA pertama di Malaysia

TM mahu bina rangkaian 5G SA pertama di Malaysia

2 December 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN