• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada beri pampasan jika tempahan lambat sampai dari tarikh yang ditetapkan

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 03/12/2019
  • Komen
Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points
Share on FacebookShare on Twitter

Membeli-belah dalam talian semakin menjadi trend masakini dan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ialah Lazada. Bagi menjamin penghantaran tiba pada waktu yang dijanjikan, Lazada Malaysia kini menawarkan jaminan penghantaran dengan pampasan secara automatik dalam masa 24 jam.

Polisi jaminan penghantaran ini hanya tertakluk kepada barangan di LazMall yang bertanda ikon van merah bersama tanda tick atau label 24hr. Jaminan penghantaran standard menjanjikan penghantaran barangan dalam masa yang diberitahu, manakala jaminan penghantaran 24 jam menjanjikan penghantaran hari esok. Jaminan penghantaran ini hanya terdapat di Lembah Klang dan Lazada merancang untuk meluaskannya ke seluruh Malaysia.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow, pengenalan jaminan ini adalah gambaran kepada keupayaan logistik mereka di mana kebanyakan tempahan disempurnakan sendiri oleh Lazada eLogistics Express (LEX). Ia juga adalah keyakinan mereka terhadap infrastruktur logistik untuk memberikan pengalaman membeli-belah premium kepada pengguna. Selain itu, Lazada juga telah lama memperkenalkan jaminan produk tulen 100% dan pemulangan semula dalam masa 15-hari pembelian.

Pampasan sebanyak RM5 akan diberikan kepada pengguna jika produk yang memiliki ikon jaminan penghantaran tidak dihantar pada waktu yang ditetapkan. Pampasan ini akan dimasukkan ke dalam Lazada Wallet pengguna.



Menurut soalan lazim FAQ, jaminan penghataran ini tidak sah jika tempahan tidak menyertakan alamat penghantaran yang lengkap, pembayaran tidak lengkap serta akibat di luar kawalan Lazada seperti bencana alam atau jika tiada orang di lokasi penghantaran semasa penghantaran di buat.

Tempahan pengguna juga mungkin tidak termasuk dalam jaminan penghantaran Lazada kerana pelbagai sebab seperti tempahan terlalu banyak dan campuran barangan jaminan dan tiada jaminan dalam tempahan yang sama. Pengguna boleh merujuk barangan apa yang dijamin penghantarannya di laman tempahan. Lazada juga menegaskan hanya satu tempahan boleh menerima pampasan walaupun tempahan dipecahkan kepada dua pembelian berbeza dan kedua-duanya lewat diterima.

Tags: LazadaLazMall
Najib

Najib

POPULAR

Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points

Lazada beri pampasan jika tempahan lambat sampai dari tarikh yang ditetapkan

3 December 2019
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN