• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab perkenal kad fizikal tanpa nombor pertama di Asia

  • OLEH Najib
  • 7:34 pm
  • 06/12/2019
  • Komen
Grab perkenal kad fizikal tanpa nombor pertama di Asia
Share on FacebookShare on Twitter

GrabPay merupakan satu pilihan eWallet antara paling meluas boleh digunakan di Malaysia. Tidak lama lagi, ia akan boleh digunakan di seluruh dunia kerana Grab baru sahaja meperkenalkan kad fizikal mereka di Singapura, dengan kerjasama Mastercard. Apa yang uniknya pada kad ini ialah ia tiada nombor kad pada kad fizikal, serupa dengan apa yang diperkenalkan Apple pada Titanium Card mereka.

Kad fizikal GrabPay Card ini tiada langsung nombor di depan dan belakang kad. Dengan cara ini, ia memberi keselamatan lebih tinggi kerana nombor kad tidak boleh dicuri dari kad. Kesemua maklumat kad ini terdapat di dalam aplikasi Grab, iaitu 16 angka kad, tarikh luput dan nombor CVV.



Dengan menggunakan rangkaian Mastercard, ia boleh digunakan di hampir 53 juta peniaga di seluruh dunia. Ia juga dilindungi dengan nombor PIN serta teknologi 3Dsecure untuk mengelakkan penipuan dalam talian. Kad ini boleh diuruskan di dalam aplikasi Grab dan ia boleh dibekukan dengan segera jika hilang.

Kad GrabPay Card ini dihubungkan ke eWallet GrabPay, bermakna semua transaksi jual beli akan diambil dari baki eWallet. Walaupun terdapat cip padanya, menurut soalan lazim FAQ, kad fizikal GrabPay hanya boleh digunakan di terminal NFC sahaja, tidak boleh digunakan di terminal jalur magnetik dan terminal cip. Tidak jelas sama ada ia terhad di Singapura sahaja kerana di Malaysia terutamanya dan beberapa negara lain, hampir semua peniaga hanya menerima pembayaran kad cip dan pin. Tetapi kad ini boleh digunakan untuk mengeluarkan wang apabila ke luar negara.



Buat masa ini, GrabPay Card hanya terdapat di Singapura dan pengguna Grab boleh mula memohon kad digital. Kad fizikal boleh dipohon selepas menerima kad digital. Menurut Grab, kad digital GrabPay Card akan dilancarkan di Filipina pada suku pertama 2020 dan ke negara Asia Tenggara lain pada separuh pertama 2020.

Seperti perkhidmatan Grab yang lain, pengguna GrabPay Card turut memberikan mata ganjaran untuk setiap penggunaan. Sebagai promosi pengenalan, Grab memberikan 10x mata GrabRewards untuk setiap dolar yang dibelanjakan. Mata ganjaran ini boleh digunakan di mana-mana di Asia Tenggara. Jika digunakan di luar negara, pengguna boleh menyemak semua transaksi dan kadar tukaran matawang melalui aplikasi Grab.

Salah satu fungsi yang turut ada di GrabPay Card ialah sokongan Samsung Pay. kad GrabPay boleh dimasukkan ke dalam aplikasi Samsung Pay dan digunakan untuk pembayaran. Di Singapura, sehingga 30 mata ganjaran Samsung Reward boleh diterima untuk setiap transaksi.

Lain-lain manfaat yang turut diberikan GrabPay Card adalah seperti insuran perlindungan peranti dari kerosakan tidak sengara atau kecurian jika bil peranti dibayar menggunakan kad ini. Pengguna juga menerima perlindungan e-dagang di mana ia melindungi pembelian yang salah, tidak dihantar atau rosak semasa penghantaran untuk produk yang terlibat semasa membeli dalam talian.

Malah, ia juga turut ada Mastercard Flight Delay Pass di mana pengguna boleh menerima akses percuma ke lounge di lapangan terbang jika penerbangan yang ditempah menggunakan kad ini, lewat sekurang-kurangnya 2 jam.

Nampaknya kad GrabPay menggabungkan ciri-ciri terbaik Apple Card dan BigPay dengan akses ke Samsung Pay. Grab adalah salah satu penyedia eWallet paling banyak digunakan di Malaysia dan tawaran terbaru ini akan membawa GrabPay akses ke lebih banyak tempat di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GrabPay Card, layari laman produk di Grab Singapura.

Sumber: Grab

Tags: GrabGrabPayGrabPay Card
Najib

Najib

POPULAR

Grab perkenal kad fizikal tanpa nombor pertama di Asia

Grab perkenal kad fizikal tanpa nombor pertama di Asia

6 December 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER