Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TIME dan Facebook bekerjasama pertingkat infrastruktur internet di Malaysia

TIME baru-baru ini mengumumkan mereka telah terpilih untuk menjadi rakan kerjasama Facebook dalam usaha mereka untuk melabur dalam infrastruktur internet. Pelaburan ini akan membuka Malaysia kepada lebih banyak sambungan dan hab antarabangsa, di samping mengukuhkan kedudukan Malaysia di Asia Tenggara..

Projek Infrastruktur rangkaian yang terhasil dari kerjasama ini dijangka siap pada penghujung suku kedua 2020. Ia akan digunakan secara eksklusif untuk menyokong Facebook dan semua aplikasi di bawahnya. Antara aplikasi popular yang dimiliki Facebook ialah WhatsApp, Instagram, Messenger dan Oculus VR.

TIME merasa amat bangga dipilih oleh Facebook untuk menjalankan projek ini. Sediki sebanyak, ia mengangkat kredibiliti TIME dan kedudukan sebagai peneraju teknologi selain dapat menyumbang ke arah Malaysia yang lebih baik.

Ketua Jabatan OTT TIME, Chiew Kok Hin berkata, “Lebih banyak sambungan antarabangsa dan teras belakang domestik yang tegus akan menarik lebih banyak pelabur untuk datang ke Malaysia. Malah, negara ini terletak di lokasi strategik Asia Tenggara menjadikannya akses yang mudah dan kos yang lebih rendah.”

Kerajaan Malaysia kini sentiasa mengkaji semula polisi, undang-undang dan peraturan untuk menyesuaikannya dengan lanskap teknologi antarabangsa yang pantas berubah. Contohnya, Kementerian Pengangkutan telah mempermudahkan undang-undang kebenaran bagi polisi cabotage di mana kapal tempatan dan asing boleh menjalankan kerja membaiki kabel dasar laut dalam perairan Malaysia secara terus dan tanpa lengah.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, “Kerjasama yang menggabungkan tenaga Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, selaras dengan Rancangan Fiberisasi dan Sambungan Negara (NFCP) bagi mempromosi pelaburan kabel dasar laut dan menggalakkan penempatan pusat pendaratan di Malaysia. Ia dapat membantu Malaysia menikmati internet yang lebih pantas dan berkualiti ke sambungan antarabangsa.”

BACA  Google dan Facebook kelak perlu bayar lesen untuk gunakan kandungan berita dari Australia