• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelbagai produk kecergasan Fitbit lebih murah dalam promosi hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 5:11 pm
  • 09/12/2019
  • Komen
Pelbagai produk kecergasan Fitbit lebih murah dalam promosi hujung tahun

Product laydown photography for Fitbit Inspire.,,Photographer: Kevin Cremens

Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit yang terkenal dengan produk kecergasan seperti jam pintar dan gelang pintar kini memberikan diskaun untuk produk mereka yang terpilih. Diskaun ini diberikan sempena Hari Natal dan penghujung tahun, boleh didapati sehingga 27 Disember 2019.

Antara produk yang menerima diskaun dalam tempoh promosi ini ialah Fitbit Inspire HR. Dari harga asal RM468, ia diberi diskaun RM70 menjadi RM398 sahaja. Inspire HR merupakan gelang pintar kecergasan asas dari Fitbit tetapi dilengkapi pengesan degupan jantung sepanjang masa, 24/7.



Dengan pengesan degupan jantung 24/7, ia juga boleh mengesan tahap tidur pengguna dengan lebih tepat. Ia juga kalis air dan boleh digunakan semasa berenang untuk mengesan aktiviti kecergasan di dalam air. Baterinya boleh memberi tenaga untuk penggunaan sehingga 5 hari.

Satu lagi produk yang diberi diskaun ialah model paling popular mereka, Charge 3. Ia memiliki fungsi lebih canggih dari Insipire HR seperti notifikasi dari telefon pintar, bateri tahan lebih lama sehingga 7 hari serta keupayaan mengesan pelbagai aktiviti kecergasan secara automatik.



Charge 3 diberi diskaun sebanyak RM110, menjadikan harga cuma RM618 untuk model biasa dan RM728 bagi model Charge 3 SE.

Senarai penuh diskaun untuk produk Fitbit yang terpilih adalah seperti berikut:

  • Fitbit Ionic – RM1098 (diskaun RM200)
  • Fitbit Ionic Adidas – RM1198 (diskaun RM200)
  • Fitbit Versa Lite – RM668 (diskaun RM100)
  • Fitbit Ace 2 – RM298 (diskaun RM50)
  • Fitbit Inspire – RM298 (diskaun RM50)
  • Fitbit Inspire HR – RM398 (diskaun RM70)
  • Fitbit Charge 3 – RM618 (diskaun RM110)
  • Fitbit Charge 3 SE – RM728 (diskaun RM110)

Layari laman web Fitbit Malaysia untuk maklumat lanjut berkenaan produk kecergasan Fitbit.

Tags: FitbitFitbit Charge 3Fitbit Inspire
Najib

Najib

POPULAR

Pelbagai produk kecergasan Fitbit lebih murah dalam promosi hujung tahun

Pelbagai produk kecergasan Fitbit lebih murah dalam promosi hujung tahun

9 December 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN