• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TuneTalk lancar perayauan data RM25 3-hari khas buat pengguna BIG

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 09/12/2019
  • Komen
TuneTalk lancar perayauan data RM25 3-hari khas buat pengguna BIG
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk penggunga TuneTalk. Anda kini boleh melanggan pelan perayaun data yang lebih murah di luar negara. TuneTalk kini memperkenalkan pelan perayauan data selama 3 hari berharga RM25 sahaja. Ia kelihatan amat serupa dengan pelan perayauan data Digi.

Bagaimanapun, pelan ini ditawarkan secara eksklusif untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Pengguna TuneTalk perlu memastikan mereka menjadi ahli AirAsia BIG terlebih dahulu sebelum boleh melanggan pelan perayauan data ini. Pendaftaran ahli AirAsia BIG boleh dibuat secara percuma di sini.



Pelan perayauan data 3 hari berharga RM25 dari TuneTalk ini memberikan data sebanyak 2GB yang boleh digunakan dalam masa 72 jam. Tiada panggilan diberikan bersama, berbeza dengan pelan perayauan Digi.

Buat masa ini, perayauan data TuneTalk ini boleh digunakan di 16 buah negara iaitu: Thailand, Indonesia, China, Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, India, Korea Selatan, Australia, Hong Kong, Taiwan, Macau, Sri Lanka, Nepal dan Bangladesh.



Untuk negara lain, pengguna TuneTalk masih boleh melanggan perayauan data tetapi dikenakan caj RM33/hari dengan data sebanyak 500MB atau 50MB sahaja, bergantung kepada negara yang dilawati. Senarai penuh negara yang boleh menggunakan perayauan data TuneTalk serta rakan telekomunikasi di negara tersebut boleh disemak di sini.

Untuk melanggan pelan 3 hari RM25 ini, ia hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TuneTalk. Ia boleh dilanggan sehingga 30 hari lebih awal dari tarikh mula menggunakannya. Dengan ini, anda boleh terus bersambung ke internet apabila tiba di negara luar yang akan dikunjungi. Dalam ruangan soalan lazim FAQ, pengguna boleh membeli sehingga 3 pas lebih awal. Apabila satu pas tamat atau habis kuota, ia akan mengaktifkan pas seterusnya secara automatik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TuneTalk Roaming. Jika anda mahukan pelan perayauan data yang lebih panjang, boleh dapatkan pek sim AirAsia Traveller yang memberikan perayauan data selama 7 hari berharga RM30.

Tags: AirAsiaairasia bigPerayauan Internettunetalk
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
TuneTalk lancar perayauan data RM25 3-hari khas buat pengguna BIG

TuneTalk lancar perayauan data RM25 3-hari khas buat pengguna BIG

9 December 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER